Urusan Permohonan Pekerjaan

Permohonan pekerjaan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di pautan: https://spa9.spa.gov.my/.

Tidak.

Permohonan pekerjaan melalui SPA9 hanya melibatkan urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Melantik berikut:

i. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
a. Perkhidmatan Awam Am Persekutuan;
b. Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis;
c. Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan;
d. Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka; dan
e. Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang

ii. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)
a. Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan

Bagi perkhidmatan lain seperti perkhidmatan pendidikan, pasukan polis, Angkatan Tentera Malaysia dan pentadbiran kerajaan negeri yang lain, pemohon pekerjaan hendaklah merujuk kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkaitan.

 

Tidak perlu.

Permohonan SPA9 boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Pemohon hendaklah memastikan permohonan SPA9 masih dalam tempoh sah laku pendaftaran ketika iklan kekosongan jawatan yang dimohon dikeluarkan.

 

Selama satu (1) tahun daripada tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon melalui SPA9.

 

Tidak akan diproses. Pemohon hendaklah memperbaharui permohonan SPA9 sekiranya masih berminat untuk memohon pekerjaan melalui SPA.

 

Ya.

Kekerapan pemohon mengemas kini permohonan SPA9 boleh menjejaskan urusan pada peringkat tapisan dan menyebabkan permohonan terdahulu terbatal. Tarikh pendaftaran SPA9 akan berubah kepada tarikh terkini pemohon menghantar Perakuan Pemohon melalui SPA9. Oleh yang demikian, pemohon tidak perlu klik ‘Hantar Perakuan’ setiap kali log masuk ke SPA9 sekiranya tiada perubahan pada maklumat pendaftaran SPA9.

 

Tidak.

 

Bilangan jawatan yang boleh dimohon melalui SPA9 adalah sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk Latihan Separa Perubatan).

 

Tidak boleh kerana hanya permohonan pekerjaan yang diterima melalui SPA9 (https://spa9.spa.gov.my/) akan diproses.

 

Pemohon OKU boleh memohon jawatan bersesuaian di semua gred (Gred 11, 19, 29 dan/atau 41) mengikut kelayakan akademik yang diperoleh. Dalam urusan pengambilan yang dilaksanakan, pemohon OKU yang memenuhi syarat
kelayakan minimum yang ditetapkan bagi jawatan yang dimohon adalah dikecualikan Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) dan akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

Pelantikan calon OKU ke sesuatu jawatan adalah dilaksanakan mengikut kesesuaian fungsi tugas, persekitaran kerja dan ketersediaan kemudahan mesra OKU oleh Kementerian/Jabatan/Agensi terlibat.

 

Tidak.

Pemegang biasiswa kerajaan adalah tertakluk kepada prosedur pengambilan yang sama seperti pemohon yang lain mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.

 

Tidak boleh. Permohonan pekerjaan melalui SPA9 adalah terhad kepada warganegara Malaysia sahaja.

 

Pemohon disarankan merujuk maklumat Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas (pautan ke https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas) dalam Portal Rasmi SPA sebelum membuat permohonan.

 

Pengiktirafan kelayakan akademik yang diperoleh dari institusi pengajian tinggi awam/swasta/luar negara adalah di bawah bidang kuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pemohon disarankan membuat semakan pengiktirafan kelayakan akademik yang diperoleh dengan pihak MQA melalui Portal Rasmi MQA (https://www2.mqa.gov.my/mqr/) atau melalui Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) (https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm).

 

Tidak layak kerana permohonan jawatan dalam SPA9 adalah berdasarkan ketetapan dasar One Step Lower (pautan ke https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/pendaftaran-pekerjaan-spa9) seperti ringkasan berikut:

 

*Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) adalah dikecualikan dari dasar ini.

Tidak boleh.

Hanya pemohon yang memiliki Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh memohon jawatan di Gred 29 daripada senarai 39 skim perkhidmatan sepertimana dinyatakan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 (pautan ke https://spa9.spa.gov.my/manual/spp032016-SijilMatrikulasiKPM.pdf).

 

Tidak.

Pegawai sedang berkhidmat adalah tertakluk kepada prosedur pengambilan yang sama seperti pemohon yang lain mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.

 

Tidak layak memohon kerana anggota tentera masih terikat kepada peraturan-peraturan perkhidmatan angkatan tentera yang sedang berkuat kuasa.

 

Tidak boleh kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sahaja tidak memadai untuk dipertimbangkan permohonan mana-mana jawatan melalui SPA9. Pemohon hendaklah memiliki kelayakan akademik pada peringkat PT3/PMR/SRP, SPM/SVM, Diploma/setaraf, Ijazah Sarjana Muda/setaraf untuk melayakkan diri memohon jawatan yang bersesuaian.

 

Tidak.

 

Status “Tidak melepasi syarat-syarat yang ditetapkan” bermaksud tidak memenuhi:

a. Syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkaitan; atau
b. Syarat-syarat khusus yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi seperti keperluan gred subjek tertentu, bidang pengkhususan, lokaliti, jantina dan lain-lain kriteria khusus mengikut keperluan perkhidmatan di Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan. Syarat-syarat khusus ini bukan sesuatu yang muktamad dan sentiasa berubah mengikut keperluan semasa Kementerian/Jabatan/Agensi. 

a. Tiada had umur maksimum ditetapkan bagi pemohon lantikan terus;
b. Bagi pemohon di kalangan pegawai sedang berkhidmat, had umur maksimum adalah 2 tahun daripada tarikh persaraan wajib; dan
c. Bagi pemohon Latihan Separa Perubatan, had umur maksimum adalah sepertimana ditetapkan mengikut kategori pemohon.

 

Calon yang layak hendaklah peka dan menyemak dari semasa ke semasa maklumat panggilan penilaian/temu duga melalui saluran berikut:

a. e-mel calon yang didaftarkan dalam SPA9 (calon hendaklah sentiasa peka terhadap kemasukan e-mel di semua peti seperti Inbox/Promotions/Social/Junk/Spam);

b. semakan penjadualan penilaian/ujian/temu duga di Portal Rasmi SPA (https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/semakan-penjadualan-keputusan);

c. hebahan penjadualan penilaian/ujian/temu duga di Facebook Rasmi SPA (https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov); dan

d. semakan status dalam SPA9 melalui menu "Semakan Permohonan" -> "Status Permohonan" -> "Status Permohonan Semasa" -> rujuk kepada jawatan dan nombor urusan yang berkaitan untuk semakan status urusan terkini.

 

Pemohon SPA9 hendaklah berstatus melepasi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi untuk melayakkan diri dipanggil ke PSEE/ujian. Panggilan ke sesi temu duga hanya akan dikeluarkan kepada calon yang lulus dalam PSEE/ujian berkenaan.

 

Pemohon yang memiliki kelayakan Diploma/setaraf dan Ijazah Sarjana Muda/setaraf adalah melebihi kelayakan untuk memohon jawatan Gred 11 dan Gred 19 selaras dengan dasar ‘One Step Lower’ (pautan ke https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/pendaftaran-pekerjaan-spa9).

 

Hits: 274901