Penolong Pegawai Farmasi Gred U29
- Kumpulan: Pelaksana
- Kem/Jab:Kementerian Kesihatan
- Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNANRM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00 - Syarat Lantikan:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Diploma dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00) - Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
- Memastikan persekitaran tempat kerja bersih, kemas dan selamat sebelum, semasa dan selepas pengoperasian perkhidmatan farmasi.
- Menokok tambah stok ubat di kaunter bagi memastikan kelancaran operasi perkhidmatan.
- Melaksanakan aktiviti pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit luar dan pesakit di dalam wad berdasarkan garispanduan yang ditetapkan.
- Membantu aktiviti pembekalan ubat-ubatan yang menggunakan Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) seperti Farmasi Pandu Lalu, Kad Temu Janji dan lain-lain perkhidmatan VAS yang disediakan di Fasiliti Kesihatan.
- Melaksanakan aktiviti pengeluaran farmaseutikal steril dan bukan steril mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
- Melaksanakan aktiviti pembungkusan semula ubat-ubatan dan produk farmaseutikal mengikut SOP yang ditetapkan.
- Melaksanakan aktiviti penganalisaan sampel ke atas produk farmaseutikal dan kosmetik di pasaran serta produk aduan (penguatkuasaan farmasi) bagi memastikan produk tersebut adalah berkualiti dan selamat kepada pengguna.