Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Meteorologi Malaysia
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,505.00 RM5,696.00 RM 145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Fizik dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
        (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau
      2. sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau
      3. diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik (perhubungan atau kuasa), elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12); atau
      4. diploma dalam bidang sains komputer atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab menyelidik keperluan teknologi terkini, mengawasi proses penyelenggaraan, pengujian dan tentukuran alat-alat kaji cuaca, mengumpul data kaji cuaca dan menyediakan analisis-analisis serta mengeluarkan laporan berhubung dengan isu-isu berbangkit.