KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
EKONOMI |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
-
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,250.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,470.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,690.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,020.00); atau
- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,020.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,130.00); atau
- Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DUG13P: RM3,240.00);
[Senarai badan ikhtisas perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1(a)(v) dan 1(a)(vi) adalah seperti di Lampiran B11B].
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN |
: |
3. |
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
-
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN |
: |
4. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
5. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- Â memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E10 |
: |
6. |
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E10 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E12 |
: |
7. |
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E12 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E13 |
: |
8. |
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E13 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E14 |
: |
9. |
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E14 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI |
: |
10. |
Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. |
DESKRIPSI TUGAS |
: |
Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan Undang-undang Koperasi, menggalakkan penubuhan koperasi, menguruskan perihal pendaftaran koperasi dan pindaan Undang-undang Kecil, menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Tahunan Koperasi, melaksanakan program-program pengembangan dan penggalakan dan membantu pegawai mengawas pelaksanaan kuasa Ketua Pendaftar. Memberi khidmat bimbingan kepada koperasi dalam perkara-perkara pengurusan dan projek perniagaannya. |
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Ehwal Ekonomi yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |