KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
PERUBATAN DAN KESIHATAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred UF9: RM2,910.00).
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEGAWAI FARMASI GRED UF10, UF12, UF13, ATAU UF14 |
: |
3. |
Calon bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF10, UF12, UF13 atau UF14 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2; dan
- mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred UF10: RM3,840.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred UF12: RM5,530.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred UF13: RM6,210.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred UF14: RM6,560.00).
|
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN |
: |
4. |
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF9 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA |
: |
5. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
6. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- Â memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UF10 |
: |
7. |
Pegawai Farmasi Gred UF9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF10 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UF12 |
: |
8. |
Pegawai Farmasi Gred UF10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF12 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UF13 |
: |
9. |
Pegawai Farmasi Gred UF12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF13 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UF14 |
: |
10. |
Pegawai Farmasi Gred UF13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF14 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI |
: |
11. |
Pegawai Farmasi Gred UF14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. |
DESKRIPSI TUGAS |
: |
- Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal; atau
- Berkhidmat di Unit-unit Penguatkuasa Farmasi di negeri-negeri menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran; atau
- Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan - menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.
|
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Farmasi yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |