Pegawai Perubatan Gred UD9

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERUBATAN DAN KESIHATAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Ijazah Sarjana Muda Perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred UD9: RM3,130.00); atau

    2. calon yang dilantik di bawah perenggan 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred UD9: RM3,130.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEGAWAI PERUBATAN GRED UD10, UD12, UD13, UD14 ATAU PAKAR UD15 : 3. Calon bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD10, UD12, UD13, UD14 atau Pakar UD15 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2; dan
  2. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.

    (Gaji permulaan lantikan pada Gred UD10: RM3,840.00/
    Gaji permulaan lantikan pada Gred UD12: RM5,530.00/
    Gaji permulaan lantikan pada Gred UD13: RM6,210.00/
    Gaji permulaan lantikan pada Gred UD14: RM6,560.00/
    Gaji permulaan lantikan pada Gred Pakar UD15: RM7,030.00).

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan;
  3. mengemukakan salinan sijil pendaftaran penuh; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UD10 : 6. Pegawai Perubatan Gred UD9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD10 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UD12 : 7. Pegawai Perubatan Gred UD10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD12 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UD13 : 8. Pegawai Perubatan Gred UD12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD13 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UD14 : 9. Pegawai Perubatan Gred UD13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD14 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED PAKAR UD15 : 10. Pegawai Perubatan Gred UD14 yang diwartakan pakar sahaja adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perubatan Gred Pakar UD15 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 11.
  1. Pegawai Perubatan Gred UD14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi tanpa melalui Gred Pakar UD15; atau
  2. Pegawai Perubatan Gred Pakar UD15 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
DESKRIPSI TUGAS : Memeriksa dan merawat pesakit, menguruskan rawatan dan pemeriksaan ibu-ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi, menjalankan pemeriksaan mayat dan menyediakan laporan, menjalankan tugas-tugas ‘on call' dan menyampaikan ceramah-ceramah.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Perubatan yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2017 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2016).