Jurufotografi Gred B1/B5

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : BAKAT DAN SENI
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
(SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
GRED JAWATAN : B1, B2, B3, B5, B6, B7, B8
GRED LANTIKAN TERUS : B2, B3, B6, B7, B8
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B1

    1. mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau

    2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau

    3. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau

    4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,561.00); atau

    5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,622.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B5

    1. mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau

    2. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau

    3. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau

    4. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau

    5. Diploma dalam bidang Fotografi yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,893.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(a)(ii), 1(a)(iii), 1(a)(iv), 1(a)(v), 1(b)(ii), 1(b)(iii), 1(b)(iv) dan 1(b)(v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN JURUFOTOGRAFI GRED B2 ATAU GRED B3 : 3. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Jurufotografi Gred B2 atau Gred B3 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  1. memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a) dan 2; dan
    1. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
    2. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

      (Gaji permulaan lantikan pada Gred B2: RM2,220.00/
      Gaji permulaan lantikan pada Gred B3: RM2,790.00).

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN JURUFOTOGRAFI GRED B6, B7 ATAU B8 : 4. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Jurufotografi Gred B6, B7 atau B8 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  1. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
    1. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

      (Gaji permulaan lantikan pada Gred B6: RM3,080.00/
      Gaji permulaan lantikan pada Gred B7: RM3,810.00).
      Gaji permulaan lantikan pada Gred B8: RM5,390.00).

SYARAT UJIAN KHAS : 5. Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto, kamera filem atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 6. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 7. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1. memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE MANA-MANA GRED : 8. Jurufotografi adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke mana-mana gred kenaikan pangkat yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan Jurufotografi yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PENERBIT RANCANGAN GRED B9, PEREKA GRED B9 ATAU PEGAWAI BERITA GRED S9 : 9. Jurufotografi Gred B5, B6, B7 atau B8 yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penerbit Rancangan Gred B9, Pereka Gred B9 atau Pegawai Berita Gred S9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Jurufotografi yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).