Jun 2015 - Aktiviti 7
- PERISTIWA BERGAMBAR 11 Jun ----- Mesyuarat Pra Suruhanjaya
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 22/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 2,665 orang dan seramai 848 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga orang (3) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib
PUTRAJAYA 16 Jun ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menjalankan urusan peperiksaan secara online bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 Pengambilan SPA Johor, semalam. Seramai 231 atau 84.3 peratus calon hadir dalam peperiksaan termasuk calon yang berada di Arab Saudi dan Singapura. Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia turut hadir bagi melihat perjalanan peperiksaan.----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA 17 Jun ----- Datuk Mohd Zain Mohd Dom menyeru kepada warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) agar mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja serta tidak membuang masa. “ Kita bekerja dibayar gaji dan tidak sepatutnya membuang masa dan seharusnya kita sentiasa memikirkan apakah cara supaya mutu kerja kita sentiasa dipertingkatkan” . Beliau berkata demikian ketika berucap di perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya sebentar tadi. Di Perhimpunan itu juga turut diadakan majlis penyampaian cenderamata kepada kepada 10 orang warga S.P.A. yang bersara wajib. Di akhir ucapan Datuk Mohd Zain turut mengingatkan kepada warga S.P.A beragama Islam yang akan berpuasa pada bulan Ramadhan bermula esok supaya tidak mengamalkan sikap membazir.----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 23/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 429 orang dan seramai 791 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat orang (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 24/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,168 orang dan seramai 1,620 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, enam orang (6) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib dan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
MELAKA 5 Mei ----- Pusat temu S.P.A baharu di Melaka yang terletak di Menara Persekutuan, Jalan Persekutuan, MITC Air Keroh, Melaka akan beroperasi pada 15 Mei ini. Tan Sri Mahmood Adam berkata demikian ketika melawat pusat temu duga itu yang sedang membuat persiapan akhir kerja pemasangan pagi tadi. Terdahulu Pengerusi S.P.A itu telah melawat pusat temu duga yang berada di Bangunan JAYA 99, Jalan Tun Sri Lanang, Melaka dalam seri lawatan ke pusat-pusat temu duga S.P.A di seluruh Malaysia yang bermula minggu lepas. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
PUTRAJAYA 11 Mei ----- Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan mesyuarat bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha, Suruhanjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri di Putrajaya malam tadi. Mesyuarat yang bermula jam 8.30 malam turut dihadiri Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) Datuk Dr. Haili Dolhan. Antara agenda yang dibentangkan ialah taklimat mengenai Portal S.P.A yang baharu dan Sistem Maklumat Pakej Temuduga (SMPT). ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 17/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 263 orang dan seramai 1,491 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima (5) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan percubaan dan tiga (3) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sembilan (9) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. ---- MediaSPA
PUTRAJAYA 11 Mei ----- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB DatukJoseph Entulu Anak Belaun hari ini telah merasmikan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang diadakan di Putrajaya. Persidangan SPA dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) yang Ke- 18 ini turut dihadiri Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SPP, Datuk Dr. Haili Dolhan, Pengerusi-Pengerusi SPA negeri, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta wakil-wakil Kementerian/Jabatan. Terdahulu Tan Sri Mahmood Adam telah membentangkan kertas kerja bertajuk Peperiksaan Online S.P.A: Cabaran dan Kejayaan. Pada sebelah petang sesi khas bersama Tan Sri Shamsudin Osman iaitu Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
PUTRAJAYA 13 Mei ----- Penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-18 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal hari ini. Turut hadir Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SPP Datuk Dr. Haili Dolhan, Pengerusi-Pengerusi SPA Negeri Ahli-Ahli Suruhanjaya serta wakil-wakil jabatan. Terdahulu sesi menimbang dan meluluskan rumusan Persidangan Ke-18 telah dipengerusikan oleh Tan Sri Mahmood Adam ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
PUTRAJAYA 14 Mei ----- Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam berkata Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-18 yang berakhir semalam merupakan persidangan terbaik dan berjaya pernah dianjurkan oleh SPA. Beliau berkata demikian di majlis penyampaian sijil penghargaan kepada mereka yang bertugas disepanjang persidangan berlangsung. Beliau turut mengucapkan tahniah dan berasa bangga dengan sikap kerjasama pegawai-pegawai bertugas yang diketuai oleh Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-18 adalah anjuran bersama S.P.A dan SPP bermula 11 hingga 13 Mei 2015 di Putrajaya ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 18/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 667 orang dan seramai 1,706 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima (5) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan percubaan dan tiga (3) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. ---- MediaSPA
Peristiwa bergambar
PUTRAJAYA 19 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menerima kunjungan dari Lembaga Administrasi Negara Republik Indonesia, semalam. Delegasi seramai 18 pegawai-pegawai itu diketuai oleh Timbalan Pengerusinya, Dr. Muhamad Idris. Ketibaan rombongan disambut oleh Tan Sri Mahmood Adam dan sesi taklimat mengenai S.P.A turut disampaikan oleh beliau. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 14/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 877 orang dan seramai 575 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, dua (2) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib ---- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 19/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 824 orang dan seramai 1,129 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima (5) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib
PUTRAJAYA 15 April ----- Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam sebentar tadi mengadakan perjumpaan dan mempengerusikan Mesyuarat bersama pentadbir pusat temu duga S.P.A. Antara lain perbincangan dalam mesyuarat ialah mengenai operasi pusat temu duga yang dibuka pada setiap hari bekerja bagi memudahkan pelanggan berurusan seperti pendaftaran borang online serta urusan berkaitan S.P.A. Kini terdapat 14 pusat temu duga S.P.A iaitu di Putrajaya, Kuala Lumpur, Kota Baharu, Kuantan, Ipoh, Alor Setar, Johor Bahru, Melaka, Kuching, Sibu, Miri, Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 27 Mei ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi tadi hadir di majis Persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib, Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya. Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Farida Mohd Ali, turut dihadiri Setiausaha S.P.A, Puan Lim Mooi Eia. Persidangan sehari Kementerian itu telah dihadiri seramai 350 peserta dan Tan Sri Mahmood Adam membentangkan kertas kerja bertajuk “isu dan cabaran pengurusan tatakelakuan pegawai awam” ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
PUTRAJAYA 29 Mei ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam sebentar tadi mengadakan lawatan ke beberapa bahagian penting di S.P.A antaranya One Stop Centre, dewan temu duga dan kaunter utama S.P.A. Beliau turut meluangkan masa bertanya khabar ibu bapa serta calon yang sedang menunggu untuk sesi temu duga. Antara jawatan untuk sesi temu duga pada hari ini ialah Pegawai Farmasi Gred U41 ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 15 April ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini mendengar taklimat khas bertajuk "Leveraging Media Intelligence In Managing Public Issues and Perception" disampaikan oleh Sanongko Yudho. Taklimat khas yang berlangsung hampir dua (2 jam) dan sesi soal jawab itu adalah berkaitan dengan pandangan dan kesedaran serta persepsi penjawat awam dan bagaimana pasukan Cybertrooper di Jabatan/Kementerian menangani isu daripada menjadi Viral dalam media sosial masa kini ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 29 Mei ----- Delegasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Namibia yang membuat attachment programme selama selama dua (2) minggu bermula 11 hingga 29 Mei 2015 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi S.P.A Malaysia, Tan Sri Mahmood Adam, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA kerana memberikan kerjasama yang amat baik semasa delegasi ini di sini. Head of Secretary, Mr. Benharat Kukuri berkata demikian selepas memberi ulasan mengenai attachment programme yang dijalankan di S.P.A yang berakhir sebentar tadi. Antara pengalaman yang pelajari termasuklah melihat bagaimana peperiksaan online S.P.A diljalankan. Tan Sri Mahmood Adam turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua pegawai-pegawai dari SPA Namibia. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 15 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah menjalankan peperiksaan online untuk jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27. Seramai 7,888 calon telah menduduki peperiksaan yang bermula jam 8.00 malam tadi. Turut hadir untuk melihat kelancaran peperiksaan, Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam bersama tetamu jemputan iaitu Dato’ Seri Tiong dan General Chin yang merupakan Ahli Jawatankuasa Khas S.P.A dari Sarawak. Seramai 14 orang calon yang berada di lapan (8) buah Negara iaitu United Kingdom, Thailand, Australia, Azerbaijan, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Brunei dan Jepun turut mengambil peperiksaan. Keputusan boleh diketahui melalui portal rasmi di www.spa.gov.my 20 April 2015 (isnin) pada jam 12 tengah hari ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 29 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan majlis sanjungan budi bersempena tamat perkhidmatan Ahli-Ahli Suruhanjaya iaitu Tan Sri Mahmood Adam, Dato’ R. Segarajah, Datuk Zainol Othman dan Encik Boon Jon Lin di Putrajaya. Terdahulu, Tan Sri Mahmood Adam telah melancarkan buku Transformation: The Game Changer For The Public Service Commission Of Malaysia. Majlis yang diadakan di dewan temu duga turut di hadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A.----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
MELAKA 17 April -----Suruhanjaya Perkidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan “Lab Perancangan Strategik S.P.A 2016-2020” yang diadakan di Melaka. Pelan perancangan Strategik selama tiga (3) hari yang bermula semalam turut dihadiri Timbalan Pengerusi S.P.A Dato’ R. Segarajah, Ahli Suruhanjaya serta pegawai-pegawai kanan. Hadir sama Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. Antara program yang telah diatur oleh Bahagian Dasar & Perancangan ialah sesi taklimat overview pembangunan pelan strategik S.P.A yang disampaikan oleh Tuan Haji Sumali Amat serta sesi perbincangan bersama Dato’ R. Segarajah. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 1 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan perhimpunan bulanan petang semalam. Majlis yang diadakan di dewan temu duga S.P.A dihadiri Pengerusi Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan dan warga S.P.A. Hadir sama tetamu jemputan General Chin (RELA) dan Pengarah Eksekutif Fujifilm, Mr. Paul Ho. Tan Sri Mahmood Adam turut menyampaikan kit kepada pegawai-pegawai baharu yang melapor diri di S.P.A ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
KULIM 18 April ----- Pasukan Kelab Badminton S.P.A (KBSPA) telah mengadakan perlawanan persahabatan antara Kelab Enjoy Smash dari Pengkalan Hulu, Perak dan Majlis Perbandaran Kulim, Kedah. Perlawanan bertemu kedua-dua pasukan yang diadakan pada 18 April 2015 ( Sabtu) telah dimenangi oleh KBSPA. Menurut ketua pasukan KBSPA, Noor Azli Abdul Hamid ini adalah persiapan pasukan untuk kejohanan badminton Piala Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (HASCUP) yang bermula 24 – 26 April di UKM Bangi, Selangor ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 15/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 882 orang dan seramai 1,481 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib ---- MediaSPA
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
KUALA LUMPUR 3 April ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan “Seminar S.P.A Outreach” dan seterusnya mengadakan sesi dialog bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang diadakan di Kuala Lumpur. Sesi dialog ini turut dihadiri Ketua Pengarah JASA Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi. Hadir sama Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia dan satu sesi ceramah berkaitan dengan “Pengenalan S.P.A dan Perkhidmatan Awam” telah disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Pengambilan ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 23 April ----- Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan supaya semua warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam lebih peka dan mengambil tahu perkembangan, pembaharuan yang telah dilakukan oleh S.P.A. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat “ Integriti Dalam Perkhidmatan Awam” di Putrajaya, semalam. Tegasnya lagi beliau tidak mahu orang lain mempersoalkan ketelusan dan integriti S.P.A. “ Saya mahu warga S.P.A terutama yang akan terlibat dalam kenaikan pangkat atau yang akan ditemu duga wajib menghadiri kursus yang dianjurkan oleh ASPA”. Menurutnya lagi beliau tidak mahu kakitangan berasa selesa apabila berada dalam perkhidmatan awam, dan tidak mahu menambah ilmu. Sementara itu ASPA akan mengaturkan supaya semua pegawai di setiap Bahagian hadir dan sesi taklimat akan disampaikan oleh Pengerusi S.P.A sendiri. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Kuala Lumpur 4 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menjalankan peperiksaan online bagi Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 pada malam semalam. Peperiksaan yang bermula tepat 8.00 malam itu telah dihadiri seramai 26,192 calon dari seluruh Malaysia termasuk sembilan (9) buah Negra iaitu Mesir, Australia, Singapura, Jepun Emiriah Arab Bersatu, Thailand, Viatnam, India dan Indonesia. Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang bertugas iaitu daripada kakitangan S.P.A, JARING dan Novatis kerana perjalanan peperiksaan online ini berjalan dengan lancar. Keputusan peperiksaan akan dapat diketahui pada Isnin 6 April 2015 jam 12 tengah hari melalui portal www.spa.gov.my ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 24 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah menerima kunjungan rombongan dari Kyrgyz Republic. Delegasi diketuai oleh Ministry Of Finance Kyrgyz, Madam Zuura Baiamanova serta pegawai-pegawai kanan. Ketibaan rombongan disambut oleh Tan Sri Mahmood Adam dan sesi taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan beliau. ----- MediaSPA
MELAKA 4 April ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam telah merasmikan seminar outreach pengenalan S.P.A dan perkhidmatan awam bersama anggota-anggota RELA di Sungai Udang, Melaka semalam. Seminar yang dihadiri lebih 200 anggota itu turut dihadiri Ketua Pengarah RELA Tuan Haji Lukeman Saaid. Dalam ucapan perasmian Tan Sri Mahmood Adam berkata tidak menjadi kesalahan sekiranya anggota RELA yang hadir ke sesi temu duga oleh S.P.A memakai pakaian lengkap RELA dan ini menunjukkan kesetiaan dan disiplin anggota tersebut. Cadangan itu turut mendapat sokongan daripada anggota yang hadir. Tan Sri Mahmood seterusnya menjalani latihan menembak di lapang lasar pusat latihan RELA ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 26 April ----- Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Tuan Haji Kamarudzzaman Hassan bersara wajib mulai 26 April 2015. Satu majlis ringkas sempena persaraannya telah diadakan pada Jumaat lepas. Majlis turut dihadiri Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi, Dato’ R. Segarajah. Hadir sama pegawai-pegawai kanan serta warga Bahagian Pengurusaan Maklumat. Dalam ucapan ringkas Tuan Haji Kamarudzzaman mengucapkan terima kasih kepada warga S.P.A kerana memberi kerjasama kepada beliau dalam menjalankan tugas-tugas selama berada di S.P.A. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 613 orang dan seramai 594 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga (3) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan enam (6) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. ---- MediaSPA
JOHOR BAHRU 26 April ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam mengarahkan pegawai-pegawai yang bertugas di pusat-pusat temu duga S.P.A mengadakan aktiviti seperti taklimat kepada pelajar-pelajar sekolah atau wakil-wakil NGO di pusat tersebut bertujuan untuk memberi maklumat mengenai S.P.A. Beliau berkata demikian ketika melawat pusat temu duga di bangunan Al Ansar Johor Bahru pagi tadi. “Sekiranya tiada sesi temu-duga, kita boleh jemput mereka hadir dan beri taklimat mengenai S.P.A dan ASPA akan aturkan” katanya. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 584 orang dan seramai 1,878 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, enam (6) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. ---- MediaSPA
GOMBAK 8 April ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) Tan Sri Mahmood Adam berkata setiap kenaikan pangkat yang diperolehi oleh seseorang itu pasti ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dalam satu majlis perkongsian ilmu “ Eksklisif bersama Pengerusi S.P.A” kepada warga Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Gombak Selangor petang semalam. Menurutnya lagi seorang pegawai mestilah menjalankan tugas dengan sempurna mengikut peraturan dan jadikanlan ia sebagai amalan serta barlaku adil kepada kakitangan di bawah seliaannya . Turut hadir di majlis itu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Dato’ Hasnan Hassan. Terdahulu dari itu satu taklimat pengenalan S.P.A dan perkhidmatan awam turut disampaikan kepada warga JAKOA ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 28 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan mesyuarat pengisian jawatan di Kementerian/Jabatan. Mesyuarat yang diadakan di Putrajaya di pengerusikan oleh Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. Hadir sama wakil pegawai dari Kementerian/Jabatan. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 8 April ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi ini telah menerima kunjungan daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP). Delegasi seramai lima (5) orang diketuai oleh Vice Chancellor UTP Tuan Haji Mohamad Noor Rosli Baharom. Satu taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan oleh Tan Sri Mahmood Adam ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 28 April ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan taklimat khas urusan dan kaedah menjawab soalan Parlimen. Taklimat selama hampir dua (2) jam itu dihadiri oleh pegawai-pegawai yang ditugaskan untuk hadir semasa sesi pembentangan dan perbahasan di Parlimen mengikut giliran. Antara perkara yang diterangkan oleh Tan Sri Mahmood Adam ialah bagaimana proses soal jawab pertanyaan Parlimen dijalankan. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 8 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan melantik ke jawatan tetap pegawai-pegawai yang bertaraf kontrak. Ini termasuklah pegawai kontrak di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jabatan Perpaduan. “Dengan beberapa kaedah penyelesaian dan siri perjumpaan yang melibatkan S.P.A, JPA dan Kementerian Kewangan, perkara ini dapat diselesaikan dan sebahagian pegawai-pegawai kontrak dapat dilantik ke jawatan tetap”. Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berkata demikian semasa perjumpaan dengan pegawai-pegawai KEMAS di Putrajaya petang semalam. Hadir sama Ketua Pengarah KEMAS, Dato’ Hassan Mohd Amin. Menurut Tan Sri Mahmood lagi siri perbincangan dan perjumpaan yang bermula sejak Julai 2012, akan diteruskan dan beliau yakin masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
PUTRAJAYA 30 April ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam menyeru agar kakitangan yang terlibat dalam Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang akan bermula pada 11 hingga 13 Mei 2015 ini dapat menjalankan tugas dan kerjasama kepada urus setia agar perjalanan persidangan dapat berjalan dengan lancar. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan bulanan pada Khamis lepas. Persidangan pada tahun ini akan di adakan di Hotel Everly Putrajaya. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
PUTRAJAYA 9 April ----- Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam menerima kunjungan hormat Penasihat Hay Group Sdn Bhd. Tan Sri Ismail Adam, petang semalam. Beliau yang merupakan mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada tahun 2005 turut mengadakan perbincangan bersama-sama Tan Sri Mahmood di pejabat Pengerusi. Turut dihadiri Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar