Oktober 2015 - Aktiviti 8
- PERISTIWA BERGAMBAR 20 Okt ----- Mesyuarat S.P.A dengan SITF
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA 20 Okt ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) terima kunjungan delegation of Career executive board of Philippines petang semalam. Delegasi seramai (5) orang pegawai itu diketuai oleh Atty. Maria Anthonette Velasco-Allones, Ceso I. Ketibaan telah disambut oleh Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan sesi taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan oleh beliau. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 36/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 758 orang dan seramai 1,011 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga (3) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tindakan Tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan enam (6) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PUTRAJAYA 23 Okt ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini terima kunjungan daripada Regional Hub of civil service in Astana, Kazakhstan. Delegasi diketuai oleh Chairman of Steering Committee Regional Hub of Civil service in Astana, H.E Alikhan Baimenov. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah disampaikan oleh Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 37/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 382 orang dan seramai 903 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tindakan Tatatertib, lima (5) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sembilan (9) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PUTRAJAYA 27 Okt ----- Dato’ Zainal Abidin Ahmad mengingatkan kepada semua peringkat pegawai di S.P.A supaya melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan memberikan komitment agar program atau aktiviti yang ditetapkan dapat berjalan dengan lancar. Beliau berkata demikian di majlis perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya, petang semalam. Menurutnya lagi, S.P.A sebagai agensi peneraju dalam urusan pelantikan calon ke dalam perkhidmatan awam, mempunyai tanggungjawab besar untuk disempurnakan. Dato’ Zainal Abidin juga memaklumkan bahawa S.P.A telah berjaya memperoleh pensijilan MS ISO 9001: 2008 untuk tahun ke 9 berturut-turut dan mengucapkan tahniah kepada warga S.P.A. Perhimpunan bulanan itu turut dihadiri Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
KUALA LUMPUR 30 Okt ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini telah menyampaikan surat tawaran pelantikan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41 di INTAN Bukit Kiara. Majlis turut dihadiri Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris. Hadir sama Pengarah INTAN Dato’ Dr. Mazlan Yusoff. Majlis yang bermula jam 9.00 pagi tadi dimulakan dengan amanat yang disampaikan oleh Dato’ Seri Arpah dan seterusnya penyampaian surat tawaran pelantikan ke Jawatan PTD. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
MELAKA 1 Sept ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Haji Idris Haron di Ayer Keroh, Melaka pagi tadi. Pengerusi S.P.A itu turut diiringi Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Naim Abu Bakar. Kunjungan selama 45 minit itu diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri. Seterusnya Dato’ Seri Arpah mengadakan Mesyuarat bersama-sama Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO, YB Datuk M.S Mahadeven serta pegawai-pegawai kanan pejabat Ketua Menteri. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA 2 Sept ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini mengadakan Mesyuarat Dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa S.P.A. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Utama, Kementerian Kewangan Malaysia di pengerusikan oleh Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir, Setiausaha S.P.A, Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, pegawai-pegawai kanan S.P.A serta wakil-wakil Kementarian dan Jabatan. Mesyuarat dimulakan dengan perutusan Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, sesi pembentangan kertas kerja mengenai peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU. Antara perbincangan yang sedang berlangsung sekarang ialah urusan pelantikan secara kontrak dan isu-isu tatatertib atau rayuan tatatertib. Mesyuarat dijangka selesai pada jam 1 tengah hari ini . ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
KUCHING 7 Sept ----- Dato’ Seri Arpah Abdul Razak malam tadi hadir di majlis makan malam sempena Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP), di Kuching Sarawak. Turut hadir, Datuk Azailiza Mohd Ahad, Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Tan Sri Dato’ Seri Md. Raus Sharif, Dato Rhodzariah Bujang, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah. Hadir sama Setiausaha S.P.A, Puan Lim Mooi Eia. Terdahulu pada sebelah petang, Dato’ Seri Arpah telah mempengerusikan Mesyuarat Pra SPKP. ----- MediaSPA
KUCHING 8 Sept ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuaratnya yang ke-127 di Pullman Hotel, Kuching, Sarawak semalam. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg Peguam Cara Negara,Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dan Setiausaha SPKP, Puan Lim Mooi Eia. Hadir sama Timbalan Peguam Cara Negara I dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, kenaikan pangkat, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- SPKP/MediaSPA
KUCHING 8 Sept ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak menghadiri perhimpunan bulanan anjuran Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak, di Bangunan Sultan Iskandar Kuching, petang semalam. Antara lain dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi S.P.A itu ialah mengenai soal Integriti, komitment kepada tugas dan penggunaan teknologi. Dato’ Seri Arpah juga mengingatkan warga S.P.A supaya menjaga imej Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta bersedia menghadapi cabaran serta memberi kerjasama kepada semua pihak termasuklah pelanggan. Hadir sama di majlis perhimpunan itu, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris. ----- MediaSPA
KOTA KINABALU 9 Sept ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke 32/2015 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat mingguan ini telah di pengerusikan oleh Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia, Timbalan-Timbalan Setiausaha serta pegawai-pegawai kanan. ----- MediaSPA
KOTA KINABALU 9 Sept ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak mengingatkan warga S.P.A supaya jangan terlalu mudah meruntuhkan moral diri sendiri dengan secara sengaja atau tidak sengaja melalui sosial media. Beliau berkata demikian di majlis perhimpunan bulanan anjuran urus setia S.P.A Cawangan Sabah, di Kota Kinabalu petang semalam. Tambahnya lagi kita sebagai penjawat awam juga mestilah setia kepada kerajaan semasa yang memerintah. “Jangan menokok tambah isu-isu yang boleh menjejaskan perkhidmatan awam atau kerajaan yang sengaja direka oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab” tegasnya. Di akhir majlis, Dato’ Seri Arpah telah melancarkan Ekosistem Kundusif Sektor Awam (EKSA) peringkat S.P.A. ----- MediaSPA
KOTA KINABALU 10 Sept ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Khas Suruhanjaya yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi tadi dipengerusikan oleh Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. ----- MediaSPA
KOTA KINABALU 10 Sept ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak membuat kunjungan hormat ke atas Pengerusi S.P.A Negeri Sabah, Datuk Ismail Awang Besar di pejabatnya di Wisma MUIS di Kota Kinabalu, Sabah, petang semalam. Turut bersama dalam kunjungan hormat itu Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris dan pegawai kanan S.P.A. Sesi taklimat dan perbincangan berlangsung selama 50 minit. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 14 Sept ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan peperiksaan online bagi memasuki Perkhidmatan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Peperiksaan yang bermula pada jam 10.00 pagi tadi telah dihadiri seramai 17,683.00 dan beroperasi di Puncak Semangat Technology, Wisma Amtek, Petaling Jaya Selangor. Turut hadir dan manyaksikan perjalanan peperiksaan, Setiausaha S.P.A, Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai kanan S.P.A. Peperiksaan tamat pada jam 11.30 pagi ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 15 Sept ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak pagi tadi hadir ke perjumpaan khas dan mesyuarat bersama YB Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S.Subramaniam yang diadakan di Bilik Gerakan kementerian Kesihatan di Kompleks E, Putrajaya. Hadir sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (P) Dato' Jalil Marzuki, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pegawai-pegawai kanan JPA dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 32/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 259 orang dan seramai 1,441 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan orang (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas Tindakan Tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lapan belas (18) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PUTRAJAYA 17 Sept ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi SPA Negeri Pahang, YH. Dato’ Haji Mohamad Ridzwan Haji Mohd Tahar dan Pengerusi SPA Negeri Terengganu, Dato’ Haji Mohd @ Daik Ngah. Delegasi Pengerusi SPA Negeri-negeri bersama-sama Ahli-Ahli Suruhanjaya itu turut diberi taklimat oleh Setiausaha S.P.A Malaysia Puan Lim Mooi Eia. Terdahulu ketibaan YH. Dato’ Haji Mohamad Ridzwan dan Dato’ Haji Mohd @ Daik disambut oleh Dato’ Seri Arpah di pejabatnya di Putrajaya. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 4,504 orang dan seramai 1,323 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima orang (5) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas Tindakan Tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua puluh satu (21) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PUTRAJAYA 22 Sept ----- “Terima kasih semua warga S.P.A” itulah kata-kata akhir Puan Lim Mooi Eia sebagai Setiausaha S.P.A yang bersara wajib sebagai penjawat awam pada hari ini. Beliau berkata demikian dalam ucapan balas dihadapan warga S.P.A pada perhimpunan bulanan di Putrajaya petang semalam. Turut hadir Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta warga S.P.A. Terdahulu dalam ucapan aluan, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak yang mewakili kerajaan mengucapkan terima kasih atas sumbangan Puan Lim Mooi Eia yang turut membawa pelbagai kejayaan melalui Transformasi S.P.A antaranya pelaksanaan peperiksaan on line. Di majlis itu juga Pengerusi S.P.A turut melancarkan aplikasi mobile yang dipanggil myS.P.A yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat lebih pantas terutama pelanggan S.P.A, antaranya keputusan temu duga dan sebagainya. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 28 Sept ----- Dato’ Zainal Abidin Ahmad dilantik sebagai Setiausaha S.P.A yang baharu berkuatkuasa hari ini. Beliau merupakan Setiausaha S.P.A ke sembilan belas (19) menggantikan Puan Lim Mooi Eia yang bersara wajib pada 22 September lepas. Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Dato’ Zainal Sebagai Setiausaha S.P.A yang baharu. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 29 Sept ----- Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah membuat lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) semalam. Rombongan seramai lapan (8) orang pegawai diketuai oleh Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Aidanurfirhan Badaruddin. Lawatan kerja adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman berhubung urusan Pengambilan, Naik Pangkat & Tatatertib dan Perkhidmatan. Satu sesi taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian (Pengambilan)Tuan Haji Abdullah Tahir. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 29 Sept ----- Mohd Razif Ab Latif dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menerima Anugerah Khas Pencapaian Sukan sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2015. Anugerah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Joseph Entulu Anak Belaun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC), Putrajaya semalam. Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Turut hadir Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak dan Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 25 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan arahan pelantikan pegawai Cina dan India di kaunter agensi-agensi kerajaan. Mesyuarat yang diadakan di Putrajaya turut di hadiri Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan wakil pegawai daripada agensi yang terlibat. ----- MediaSPA
Sijil ISO SPA Ibu Pejabat
Sijil ISO SPA Sarawak
Sijil ISO SPA Sabah
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
PERLIS 31 Julai ----- Menteri Besar Perlis YAB Datuk Seri Azlan Man hadir di majlis makan malam bersempena dengan Program Hari Kerjaya dan hari Mesra Pelanggan Negeri Perlis 2015. Turut hadir di majlis itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Pengerusi S.P.P, Tan Sri Dr. Haili Dolhan, Ketua Pengarah MAMPU Datuk Seri Zainal Rahim dan Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. Terdahulu pada sebelah petang Timbalan Setiausaha (Pengambilan) En Zainal Abidin Ahmad telah di temu bual di radio Perlis fm.----- MediaSPA
PUTRAJAYA 27 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak mengingatkan warga S.P.A supaya tidak terlibat dalam program-program yang boleh menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara seperti yang dirancang oleh kumpulan-kumpulan atau pertubuhan yang tidak berdaftar. Beliau berkata demikian di majlis perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya petang semalam. Katanya lagi “ saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia hargailah keamanan, peliharalah keharmonian pupulklah perpaduan, marilah kita bersyukur di atas kenikmatan kebebasan yang kita kecapi hari ini”. Kita selaku penjawatn awam adalah tertakluk pada Etika Perkhidmatan Awam dan Aku Janji dan dilarang menyertai sebarang perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pertubuhan yang tidak berdaftar” katanya. ----- MediaSPA
PERLIS 1 Ogos ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan Karnival Kerjaya & Hari Mesra Pelanggan 2015 yang diadakan di Dewan Seri Melati Beseri, Perlis pada Sabtu lepas. Perasmian Karnival kerjaya anjuran bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Unit Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Manusia ( MAMPU) peringkat Negeri Perlis telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Joseph Entulu Anak Belaun. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, YB. Tuan Haji Hamdan Bahari, Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPP, Tan Sri Dr. Haili Dolhan, Ketua Pengarah MAMPU Datuk Seri Zainal Rahim serta wakil Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.----- MediaSPA
PUTRAJAYA 4 Ogos ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak telah menghadiri majlis jamuan hari raya peringkat S.P.A yang diadakan di Putrajaya semalam. Majlis yang bermula jam 12.30 tengah hari turut di hadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Dato’ Seri Arpah turut menyampaikan hadiah cabutan no bertuah kepada warga S.P.A yang hadir.----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 28/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 162 orang dan seramai 705 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga orang (3) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga orang (3) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tujuh belas (17) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. .
Peristiwa bergambar
PUTRAJAYA 5 Ogos ----- Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini mengadakan majlis sambutan hari raya 2015 yang diadakan di dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis Hari Raya JPM yang bertemakan “Di sini Kasih Bersemi” di hadiri Perdana Menteri YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Kabinet. Turut hadir, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia.----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 25/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,462 orang dan seramai 1,330 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan orang (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA 10 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menerima dua (2) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu Datuk Abd Shukor Ibrahim dan Dato’ Norzam Mohd Nor. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia telah diadakan di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan, YA Tan Sri Idrus Harun di Istana Kehakiman pagi tadi.----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar
PUTRAJAYA 11 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak pagi tadi mengadakan Kunjungan Hormat Ke atas Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam di pejabatnya di Putrajaya. Turut hadir Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan dan seterusnya mengadakan perbincangan selama 50 minit. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 26/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,870 orang dan seramai 1,046 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tujuh orang (7) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan sembilan belas (19) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA 23 Julai ----- Dato’ Seri Arpah Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) yang baharu bermula hari ini setelah majlis angkat sumpah jawatan dan setia di hadapan Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Tan Sri Dato’ Seri Abdull Hamid Embong di Istana Kehakiman pagi tadi. Turut mengiringi ke majlis angkat sumpah, Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. Seterusnya Dato’ Seri Arpah membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Hakim Negara, YAA Tun Arifin Zakaria ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 12 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak membuat kunjungan hormat ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hjh Nancy Hj Shukri di pejabatnya di Presint 3, Putrajaya sebentar tadi. Kunjungan selama 50 minit Pengerusi turut diiringi Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Perundangan En Anuar Othman. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 24 Julai ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak pagi ini hadir ke taklimat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh Setiausaha Puan Lim Mooi Eia. Hadir sama Ahli-Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu Datuk Abd Shukor Ibrahim dan Dato’ Norzam Mohd Nor. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 29/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 444 orang dan seramai 726 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tujuh orang (7) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tindakan Tatatertib dan sembilan belas (19) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PUTRAJAYA 27 Julai ----- Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya yang pertama setelah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Khamis lepas. Mesyuarat bermula jam 9.00 pagi tadi turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 14 Ogos ----- Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa hadir di majlis jamuan hari raya yang diadakan di dataran Kompleks C, Putrajaya semalam. Majlis turut di hadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Ketua Jabatan dan semua warga Kompleks C. Tan Sri Dr. Ali Hamsa turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak tadika warga S.P.A. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 28 Julai ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak menyeru kepada warga S.P.A supaya mengelak daripada terjebak dalam penyebaran berita palsu yang diperolehi dari sosial media yang boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai. Beliau berkata demikian dalam ucapan di perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya petang tadi. Yang turut hadir Setiausaha Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Menurutnya lagi, sebagai penjawat awam mestilah dapat menilai dengan baik sama ada berita yang diperolehi itu memberi manfaat atau sebaliknya. Dalam ucapan di perhimpunan yang pertama dihadiri bersama-sama warga S.P.A itu beliau turut menasihatkan warga S.P.A supaya dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 14 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak membuat kunjungan hormat Ke atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun semalam. Turut mengiringi Pengerusi S.P.A Setiausaha Puan Lim Mooi Eia. Kunjungan hormat selama 55 minit itu di adakan di pejabat Menteri itu di Putrajaya. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 29 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menjalankan peperiksaan online bagi tiga (3) jawatan iaitu Pereka Gred B17, Jurufotografi Gred B27 dan Pereka Gred B41. Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hadir ke bilik operasi peperiksaan di Putrajaya dan menyaksikan perjalanan peperiksaan yang bermula jam 10.00 pagi tadi. Turut hadir Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan panel penilai Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (TMK) MAMPU, Dr. Suhazimah Dzazali. Terdahulu sesi taklimat peperiksaan online S.P.A kepada delegasi Panel (AIICT) 2015 telah disampaikan oleh Puan Lim Mooi Eia. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 14 Ogos ----- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini telah mengadakan majlis pelancaran sambutan bulan Kebangsaan dan kibar Jalur Gemilang Kompleks C 2015. Majlis yang diadakan di Dataran Kompleks C itu telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Turut hadir Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia serta warga Kompleks C. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 30 Julai ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak pagi ini membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di pejabatnya di Putrajaya. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (P), Dato’ Jalil Marzuki, Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) En Zainal Abidin Ahmad. Dato’ Seri Arpah turut mengadakan perbincangan bersama-sama Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal selama 40 minit. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 30/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 852 orang dan seramai 715 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, seorang (1) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tindakan Tatatertib dan empat belas (14) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 20/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 269 orang dan seramai 1,107 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan percubaan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib dan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PUTRAJAYA 19 Ogos ----- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Delegasi seramai 7 pegawai tertinggi CUEPACS diketuai oleh Presidennya, Datuk Azih Muda. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah disampaikan oleh Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 3 Jun ----- Hari ini merupakan hari terakhir Dato’ R.Segarajah bertugas sebagai Timbalan Pengerusi S.P.A setelah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya pada 4 Jun 2012. Beliau yang ditemui Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan pejabat itu petang tadi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepadanya termasuk semua warga S.P.A selama beliau bertugas di sini. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA 4 Jun ----- Bahagian Pengurusan Maklumat hari ini telah menganjurkan program wacana ICT bersempena dengan bulan ICT S.P.A 2015. Satu sesi ceramah berkenaan keselamatan maklumat perkhidmatan telah disampaikan oleh Pengarah Pembangunan dan Keselamatan ICT MAMPU, Marsineh Jarmin. Antara lain dalam ceramah mengenai ICT yang disampaikan beliau ialah bagaimana MAMPU kini telah dapat mengawasi setiap komputer yang dibekalkan dan digunakan oleh setiap individu untuk tujuan keselamatan seperti tiada kebocoran maklumat. Dengan kemajuan teknologi, MAMPU juga turut mengesan sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti yang dilakukan tiada kaitan dengan bidang tugas seseorang itu dengan menggunakan kemudahan komputer yang dibekalkan oleh jabatan/agensi ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 653 orang dan seramai 1,016 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, seorang (1) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib dan enam (6) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 31/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 568 orang dan seramai 817 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan orang (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan duaorang (2) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tindakan Tatatertib, satu (1) kertas Lembaga RayuanKenaikan Pangkat dan enam belas (16) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Peristiwa bergambar.