November 2014 - Aktiviti 47
- PERISTIWA BERGAMBAR 28 Nov ------ Kejohanan Badminton JPM 2014
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
PUTRAJAYA 27 Nov ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berkata Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) adalah juga salah satu pendekatan transformasi sebagai mana yang dimahukan oleh kerajaan. Katanya lagi dengan KIK inilah perubahan pasti akan berlaku untuk menambah baik sesebuah jabatan bagi memudahkan rakyat berurusan. Beliau berkata demikian di majlis Konvensyen KIK peringkat S.P.A 2014 di Putrajaya, pagi tadi. Turut hadir Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah, Setiausaha Datuk Ramli Juhari, pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Sebanyak lapan (8) kumpulan dari Bahagian di S.P.A bertanding dan diadili oleh juri dari Jabatan Veterinar Putrajaya iaitu Dr. Wan Mohd Kamil Wan Nik dan Hamizie Ibrahim dari pejabat Tanah dan Galian negeri Kedah. Keputusan KIK akan diumumkan pada hari Inovasi SPA 2014 Disember ini----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 41/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 357 orang dan seramai 953 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, enam (6) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
JOHOR BAHRU 19 Nov----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah mengadakan sesi interaksi dan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang diadakan di Stadium Tertutup Bandaraya Johor Baharu hari ini. Majlis turut dihadiri ketua-ketua Jabatan Persekutuan, NGO dan orang ramai di sekitar Johor Baharu. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam dan turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Satu sesi taklimat kerjaya untuk murid-murid sekolah sekitar Johor Baharu turut diadakan. ----- MediaSPA
JOHOR BAHRU 18 Nov----- Pasukan Kelab Badminton S.P.A (KBSPA) menang setelah menewaskan pasukan badminton Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), 7 – 4 dalam perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium tertutup badminton di Larkin semalam. Perlawanan turut disaksikan penaung KBSPA, Tan Sri Mahmood Adam dan Datuk Bandar MBJB, Tuan Haji Abd Rahman Mohamed Dewam. Ini adalah perlawanan persahabatan ke dua dalam tempoh seminggu terdahulu pada Ahad lepas pasukan badminton S.P.A menewaskan pasukan badminton Majlis Sukan Negara 5 - 3 yang diadakan di Johor Baharu. Perlawanan persahabatan ini adalah persiapan bagi KBSPA untuk menyertai kejohanan anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada hujung bulan ini ----- MediaSPA
JOHOR BAHRU 19 Nov----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam telah mempengerusikan mesyuarat bersama pengerusi –pengerusi dan setiausaha-setiausaha SPA Negeri yang diadakan di Persada Johor Bahru. Mesyuarat bersama pengerusi dan setiausha diadakan di sini adalah bersempena dengan Retreat Suruhanjaya, Mesyuarat bersama NGO Melayu, Perasmian kursus anjuran ASPA, Mesyuarat Suruhanjaya dan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam ----MediaSPA
JOHOR BAHRU 18 Nov---- Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat lawatan kerja ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Kempas Johor Bahru. Ketibaan Tan Sri Mahmood di sambut oleh pegawai-pegawai Jabatan Imigresen dan seterusnya beliau dibawa melawat ke dewan temu duga untuk melihat calon-calon yang sedang menjalani ujian Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera untuk temu duga ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27. ----- MediaSPA
JOHOR BAHRU 18 Nov ----- Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam hari ini merasmikan Kursus Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan di Menara Kastam, Jabatan Kastam diRaja Malaysia, Johor Bahru. Turut hadir Pengarah Kastam Negeri Johor, Dato’ Ramli Johari. Kursus sehari anjuran Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) dihadiri seramai 85 orang peserta ----- MediaSPA
JOHOR BAHRU 18 Nov ----- Tan Sri Mahmood Adam hari ini mempengerusikan Mesyuarat bersama NGO Melayu yang diadakan di Persada Johor Bahru,Johor. Antara lain agenda mesyuarat yang diadakan selama 3 jam itu ialah permohonan kaum Melayu yang menyertai perkhidmatan awam di negeri Johor. Tan Sri Mahmood Adam juga menyampaikan surat lantikan sebagai jawatankuasa khas kepada 19 wakil NGO yang hadir, antaranya ialah Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Dato’ Haji Nooh Gadut ----- MediaSPA
Johor Baru 18 Nov ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini merasmikan retreat Suruhanjaya yang diadakan di Johor Bahru Johor. Turut hadir Timbalan Setiausaha Dato’ R.Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta pegawai-pegawai S.P.A. Retreat yang bermula semalam akan diadakan selama tiga (3) hari di sini. -----MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 40/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 544 orang dan seramai 835 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima belas (15) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib dan tiga belas (13) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib
JOHOR BAHRU 17 Nov ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya bil 40/2014 di Johor Bahru, Johor. Mesyuarat yang dipengerusikan Tan Sri Mahmood Adam turut dihadiri Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan. Terdahulu Tan Sri Mahmood mengadakan Mesyuarat Pra Suruhanjaya di tempat yang sama ----MediaSPA
JOHOR BAHRU 17 Nov ----- Pasukan badminton Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) menang 5 – 3 dalam perlawanan badminton persahabatan bertemu pasukan Majlis Sukan Negara, Negeri Johor yang diadakan di gelanggang badminton MSN Johor Bahru, Johor malam tadi. Perlawanan turut disaksikan Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam dan Pengerusi SPA Negeri Johor Dato’ Haji Mohd Rashidi Mohd Noor. Perlawanan badminton persahabatan diadakan bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya, Mesyuarat bersama NGO Melayu, Retreat Suruhanjaya, Mesyuarat bersama Pengerusi-pengerusi dan Setiausaha-setiausaha S.P.A negeri dan Karnival Kerjaya yang diadakan di Johor Bahru bermula hari ini. ----- MediaSPA
PUTRAJAYA 14 Nov ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam sebentar tadi mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Turut hadir Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari manakala SPRM diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme), Dato’ Haji Zakaria Haji Jaafar. Antara lain perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan pengambilan untuk kekosongan jawatan di SPRM.----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar
PUTRAJAYA 12 Nov ----- Seramai 313,168 calon telah menduduki peperiksaan secara online untuk memasuki perkhidmatan awam sejak ia diperkenalkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) pada 30 April 2014. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam pada satu majlis penghargaan sempena kelancaran pelaksanaan sistem peperiksaan online di Putrajaya semalam. Peperiksaan yang diadakan dengan kerjasama JARING Communication Sdn. Bhd. dan Syarikat Novatis Resources Sdn.Bhd. yang menyediakan jalur lebar telah membolehkan 120,000 calon menduduki peperiksaan dalam masa yang sama. Menurut Tan Sri Mahmood lagi peperiksaan terkini iaitu Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) yang dijalankan pada 1 November 2014 telah dijalankan dengan jayanya dengan tidak menghadapi sebarang masalah tenikal dan dihadiri seramai 46,516 calon. ----- MediaSPA
peristiwa bergambar.
peristiwa bergambar.
Melaka 8 Nov ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kini lebih dikenali bukan sahaja kerana transformasi malahan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menambah baik perkhidmatan di bawah program transformasinya. “Kita ada buku Compentnecy Based Interview (CBI) yang di dalamnya mengandungi garis panduan bagaimana S.P.A hendak menjalankan sesi temu duga seterusnya mendapat calon yang bagus untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam”. Tan Sri Mahmood berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian retreat semakan semula dokumen ISO 9001: 2008 dan pelan perancangan strategik S.P.A tahun 2014 anjuran ASPA, di Melaka malam tadi. Turut hadir Setiausaha Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 37/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 336 orang dan seramai 1,191 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 24 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib dan lima (5) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar
PUTRAJAYA 23 Okt ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini berkata, panel temu duga serta wakil jabatan mestilah menjalankan sesi temu duga calon-calon mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. “Ikutlah garis panduan yang telah ditetapkan oleh S.P.A, apabila menjalankan sesi temu duga”. Katanya lagi “temu duga dengan menggunakan kaedah Competency Base Interview (CBI) adalah cara terbaik untuk menguji seseorang calon”. Beliau berkata demikian pada sesi taklimat kepada pengerusi-pengerusi temu duga untuk jawatan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Juruteknik Komputer Gred FT17, di Putrajaya petang tadi. Menurutnya lagi S.P.A tidak mahu nanti dipersalahkan apabila panel temu duga melantik calon yang bermasalah.”Rujuklah kepada S.P.A dahulu apabila menghadapi sebarang masalah”. Sesi temu duga bagi Latihan Separa Perubatan akan bermula pada 27 Oktober 2014 hingga 7 November 2014. ----MediaSPA
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 36/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 431 orang dan seramai 1,163 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 16 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Peristiwa bergambar
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar
PUTRAJAYA 16 Okt ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini menerima kunjungan dari SPA Negara Namibia. Delegasi dari Negara itu diketuai oleh Pengerusinya Mr. Eddie Shimwetheleni Amkongo bersama Setiausaha dan Ahli-Ahli Suruhanjaya. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengerusi Tan Sri Mahmood Adam dan sesi taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan oleh beliau. Rombongan turut dibawa melawat ke dewan temu duga. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 38/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 531 orang dan seramai 877 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, enam (6) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib dan sepuluh (10) kertas Lembaga RayuanTatatertib
PUTRAJAYA 16 Okt ----- Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (TKPPA), Dato' Seri Zainal Rahim Seman mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) kerana telah melaksanakan peperiksaan Online dan memberi kemudahan kepada lebih ramai pemohon-pemohon jawatan untuk menduduki peperiksaan berbanding cara lama sebelum ini. Beliau berkata demikian selepas diberi taklimat mengenai peperiksaan online di S.P.A Putrajaya sebentar tadi. Turut hadir Pengerusi Tan Sri Mahmood Adam dan pegawai-pegawai di Bahagian Peperiksaan. Pada sesi taklimat Tan Sri Mahmood Adam berkata dengan cara online ini juga, S.P.A tidak lagi menghadapi masalah untuk mencari dewan peperiksaan, menghantar pengawas ke seluruh Negara, membayar pemeriksa kertas jawapan yang pastinya memerlukan perbelanjaan yang besar. Terdahulu Dato’ Seri Zainal juga turut dibawa melawat ke bilik One Stop Center ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar
PULAU PINANG 14 Okt----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam petang ini mempengerusikan Mesyuarat bersama Kementerian/Jabatan dan Pentadbiran Negeri di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A). Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha Datuk Ramli Juhari serta wakil-wakil Kementerian Jabatan. Antara lain dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh Tan Sri Mahmood adalah S.P.A akan menjalankan peperiksaan online jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41 yang akan diadakan pada 1 November 2014 ----- MediaSPAA
KUALA LUMPUR 1 Nov ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menjalankan peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41. Peperiksaan yang dihadiri seramai 44,908 termasuk calon yang berada di luar Negara telah berjaya menjawab soalan dengan tidak menghadapi masalah teknikal yang berpusat di JARING. Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam yang turut hadir mensifatkan peperiksaan PTD ini ialah sebagai “ibu segala peperiksaan”. “Saya amat bersyukur kepada Allah, kerana peperiksaan ini berjalan dengan lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah teknikal”, katanya. Yang turut hadir Timbalan Pengerusi Dato’ R.Segarajah, Setiausaha Datuk Ramli Juhari. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Haji Zakaria Hj Jaafar, yang turut menyaksikan perjalanan peperiksaan ini. SPRM akan menggunakan system peperiksaan online yang digunakan oleh S.P.A untuk lantikan pegawainya dalam masa terdekat ----- MediaSPA
PULAU PINANG 14 Okt ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengingatkan pegawai-pegawai jangan menyalahguna kuasa apabila menjalankan tugas. Katanya “rujuklah kepada pegawai atasan dahulu, terutama perkara-perkara yang melibatkan dasar dan ia mesti rujuk kepada Suruhanjaya” . Beliau berkata demikian ketika merasmikan kursus pemantapan pengetahuan fungsi-fungsi S.P.A anjuran ASPA bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional di Pulau Pinang sebentar tadi. Katanya lagi, “S.P.A tidak mahu menjalankan tugas yang akhirnya nanti tidak dipercayai oleh pelanggan”. Yang turut hadir Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia ----MediaSPA
Peristiwa bergambar.
PULAU PINANG 13 Okt ----- Setiausaha Datuk Ramli Juhari hari ini menyeru agar pegawai-pegawai S.P.A terutama dari Kumpulan Pengurusan & Profesional mengambil tahu bidang tugas setiap Bahagian di S.P.A. Beliau berkata demikian dalam sesi dialog bersama pegawai-pegawai dari kumpulan tersebut di Pulau Pinang malam tadi. “ Semua pegawai dari kumpulan ini (Pengurusan & Profesional) mesti tahu tugas dan fungsi S.P.A” . Katanya lagi, pegawai kumpulan inilah yang akan terlibat menghadiri mesyuarat luar atau mewakili Setiausaha dan sudah pasti mereka ini perlu mengetahui fungsi tersebut ”. -----MediaSPAA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 35/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 560 orang dan seramai 1,976 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 16 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan enam belas (16) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib
Peristiwa bergambar.
KUALA LUMPUR 10 Okt ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) akan melaksanakan peperiksaan online sehingga 10 jawatan dalam satu masa. Perkara ini dinyatakan oleh Pengerusinya Tan Sri Mahmood Adam dalam ucapan terima kasih kepada kakitangan S.P.A, JARING dan NOVETIS selapas beliau melihat perjalanan peperiksaan online secara serentak bagi jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27 dan Jurufotografi Gred B17 di Bukit Jalil malam tadi. Peperiksaan yang bermula jam 8.00 malam, telah tamat pada jam 10. 10 malam mengikut jadual tanpa mengalami masalah teknikal. Peperiksaan turut dihadiri calon dari Negara Singapura, Indonesia, Jordan dan Mesir. Keputusan peperiksaan boleh dilihat di Portal S.P.A pada isnin ini, 13 Oktober 2014 jam 12.00 tengahari ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA 30 Okt ----- Datuk Ramli Juhari pagi ini mempengerusikan Mesyuarat-mesyuarat Pengurusan S.P.A Bil 3/2014. Mesyuarat dihadiri Timbalan-Timbalan Setiausaha dan pegawai-pegawai kanan. Antara Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha S.P.A ialah Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK), Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA), Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Jawatankuasa Intigriti dan Tadbir Urus (JITU), Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Inovasi (JPI) dan Mesyuarat Jawatankuasa ICT (JPICT) ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
SRI AMAN 3 Okt ----- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun telah merasmikan Program Mesra Pelanggan anjuran bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan MAMPU di Sri Aman Kuching, semalam. Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A Dato’ R. Segarajah, Timbalan Ketua Pengarah MAMPU, Dr Aizi Razman Ismail. Hadir sama Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Haji Md Yahya Basimin. Antara program yang diadakan adalah taklimat kerjaya dan permohonan jawatan di S.P.A secara online. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.
PUTRAJAYA 3 Okt ----- Tan Sri Mahmood Adam berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mencari calon terbaik untuk dilantik ke jawatan Penguasa Kastam Gred W41 dalam sesi temu duga yang akan bermula 7 Oktober ini. “Insyallah S.P.A akan melantik calon yang menepati kriterier sebagaimana yang dimahukan oleh Kastam” . Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada pengerusi-pengerusi temu duga pada sesi taklimat Pra temu duga di Putrajaya, semalam. Menurutnya lagi S.P.A akan menjalankan sesi temu duga berasaskan Competency Base Interview (C.B.I). Seramai 30,810 orang calon akan di temu duga untuk mengisi kekosongan jawatan Penguasa Kastam bagi pelaksanaan GST yang akan bermula pada 1 April 2015 ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.A
UTRAJAYA 2 Okt ----- Setiausaha Datuk Ramli Juhari berkata beliau menghargai warga S.P.A kerana bekerja dengan bersungguh-sungguh dan melaksanakan tugas tidak mengira waktu seperti yang dikehendaki terutama ketika menjalankan urusan Peperiksaan Online yang dilaksanakan S.P.A sekarang. “Mereka ini boleh bekerja dari siang hingga malam dan menghabiskan tugas hingga awal pagi” beliau berkata demikian ketika berucap dimajlis perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya sebentar tadi. Menurutnya lagi, setiap aduan pelanggan yang dihantar menerusi e-aduan juga telah dapat dijawab dalam tempoh (3) tiga hari seperti yang ditetapkan. Yang turut hadir, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia serta warga S.P.A. ----- MediaSPA
SERDANG 29 Okt ----- Suruhanjaya Perkhdmatan Awam (S.P.A) menggondol dua (2) anugerah kecemerlangan dalam kategori Anugerah Pasukan Terbaik JPM 2014 melalui pasukan badminton sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) tahun 2014 yang berlangsung di Dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) sebentar tadi. Razif Md Latif (Bahagian Pengurusan S.P.A) dinobat penerima Anugerah Olahragawan JPM tahun 2014 dengan menewaskan pencabar dari JAKIM,APMM dan JPA. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin. Sementara itu Ai’shah Husin (Pengurusan Maklumat)dan Masrom Haji Nasib (Bahagian Pengurusan) menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC). Pingat Perkhidmatan Cemerlang merupakan pingat bagi pegawai perkhidmatan awam yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugas yang diamanahkan serta aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi termasuk aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan dan sebagainya. Sebanyak lima (5) anugerah dipertandingkan iaitu Anugerah Inovasi JPM, KIK, Anugerah Pengurusan, Anugerah Pencapaian Sukan dan Sosial dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang melibatkan kerjaama secara NBOS daripada 41 Jabatan/Agensi JPM. ----- MediaSPA.
Peristiwa bergambar.
KUALA LUMPUR 28 Okt ----- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun hari ini telah membuat lawatan ke JARING untuk meninjau persiapan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) yang akan menjalankan Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41, yang akan diadakan pada 1 November 2014. Turut hadir dalam lawatan tersebut, Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah, Setiausaha Datuk Ramli Juhari, pegawai-pegawai kanan S.P.A, JARING dan Novatis. Terdahulu Datuk Joseph telah diberi taklimat oleh Tan Sri Mahmood Adam mengenai peperiksaan online yang akan dijalankan . ----- MediaSPA.
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.
Peristiwa bergambar.A
PUTRAJAYA 24 Julai----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah menerima lawatan dari peserta Felo Perdana 2014. Program Felo Perdana yang dirangka adalah bertujuan untuk melatih anak-anak muda dalam bidang kepimpinan dan dapat mendidik anak muda memahami dasar dan pentadbiran Negara. Seramai 35 peserta Felo Perdana diberi taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam. Sesi taklimat yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya turut dihadiri Setiausaha Datuk Ramli Juhari. ----- MediaSPA
Peristiwa bergambar.A
PUTRAJAYA 24 Julai----- Tan Sri Mahmood Adam pagi ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya. Mesyuarat yang bermula sebentar tadi turut dihadiri Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan S.P.A ----- MediaSPA