Pusat Temu Duga

April 2013 - Aktiviti 13

  • Lawatan Dari Civil Service Commission Of Timor Leste


    SPA 16 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menerima kunjungan rasmi daripada Civil Service Commission Of Timor Leste. Delegasi seramai (8) lapan orang itu diketuai oleh Commissioner for the Civil Service Commission, Ms. Jesuina Gomes. Ketibaan rombongan telah disambut oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam di bilik Mesyuarat Suruhanjaya.Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah. Delegasi telah diberikan taklimat mengenai proses pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan transformasi yang telah dilaksanakan. Delegasi turut dibawa melawat ke Dewan Temu duga, Aras 6 diiringi oleh YBhg. Dato' R. Segarajah -----MediaSPA

Aktiviti13

Aktiviti13

Aktiviti13

April 2013 - Aktiviti 12

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 14 BAGI TAHUN 2013


    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 14/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) Kertas tindakan Tatatertib, 11 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 433 orang dan seramai 1,127 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 33 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

April 2013 - Aktiviti 11

  • Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik Gred M41


    PUTRAJAYA 14 April ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah melawat beberapa pusat peperiksaan dimana Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 telah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkidmatan Awam diseluruh Negara semalam. Antara puast-pusat peperiksaan yang dilawati termasuklah di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), SMK Dato’ Abu Bakar Baginda dan juga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tinjauan dari pusat-pusat peperiksaan mendapati lebih 50 peratus calon-calon hadir untuk menduduki peperiksaan pada kali ini. Peperiksaan ini juga telah dijalankan di beberapa Negara terpilih antaranya Jepun, Washington D.C, Los Angeles, Chicago, Melbourne dan United Kingdom ----- MediaSPA

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

April 2013 - Aktiviti 10

  • ASPA Anjur Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan Di Sektor Awam


    SPA 14 April ----- Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (ASPA) telah menganjurkan Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan Di Sektor Awam. Seminar yang diadakan selama 3 (tiga) telah diadakan di Dewan Temu Duga S.P.A Putrajaya pada Rabu lepas dan dihadiri 960 peserta dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Antara pegawai-pegawai yang terlibat menyampaikan taklimat kepada peserta ialah Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd Shaiful Ibrahim, Setiausaha Bahagian Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan, Encik Anuar Othman dan Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Muhammad Ikhwan Tamat. Dua sesi taklimat yang disampaikan kepada peserta ialah mengenai Urusan Pengambilan Dan Penilaian Kompetensi SPA, serta Kaedah Temu Duga di S.P.A. -----MediaSPA

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

April 2013 - Aktiviti 9

  • Sesi Interaksi Dan Lawatan Rasmi Timbalan Setiausaha S.P.A Ke Washington


    WASHINGTON D.C 12 April ----- Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia hari ini telah mengadakan lawatan rasmi ke Kedutaan Besar Malaysia di Washington D.C. Ketibaan beliau disambut oleh Deputy Chief Of Mission, Tuan Syahril Effendi Abd. Ghany. Puan Lim Mooi Eia dan rombongan turut membuat lawatan ke Pejabat Pengarah Pelajaran Malaysia (Washington) dengan disambut oleh Dr. Posiah Mohd Isa dan mengadakan perjumpaan dengan Penasihat Pendidikan Dan Latihan (PPL) JPA, Encik Mohd Nazrol Marzuke. Puan Lim Mooi Eia seterusnya melawat Dewan Tun Dr. Ismail di mana Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 akan diadakan dan beliau juga akan mengadakan sesi Interaksi bersama pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di sana.----- MediaSPA

Aktiviti9

Aktiviti9

Aktiviti9

April 2013 - Aktiviti 8

  • Dato' R. Segarajah di Radio Traxx FM


    KUALA LUMPUR, 11 April
    ----- Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah hari ini telah bersiaran selama satu (1) jam di Radio Traxx FM, di RTM Angkasapuri, Kuala Lumpur semalam. Rancangan yang diberi nama Traxx 101 bersama penyampai Kong Eu telah disiarkan secara langsung bermula jam 11.00 pagi. Dalam rancangan itu, YBhg. Dato’ R. Segarajah telah menerangkan mengenai fungsi-fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta memberi maklumat kepada pendengar mengenai permohonan jawatan di S.P.A. -----MediaSPA

Aktiviti8

April 2013 - Aktiviti 7

  • Lawatan Kerja Tan Sri mahmood Adam Ke Pusat Temu Duga SPA Di Kuala Lumpur


    KUALA LUMPUR, 11 April ----- Pengerusi S.P.A YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah membuat lawatan kerja ke Pusat Temu Duga S.P.A Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur semalam. Lawatan selama 2 jam itu turut diiringi oleh Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Abdullah Tahir dan Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah. Tan Sri Mahmood Adam juga turut melapangkan masa bertanya khabar kepada calon-calon yang hadir untuk sesi temu duga, melihat ruang bilik temu duga serta bilik rehat Ahli Suruhanjaya. Di akhir lawatan, Tan Sri Mahmood Adam meletakkan plak di Pusat Temu duga Cenderasari sebagai tanda kenangan. ----- MediaSPA

Aktiviti7

Aktiviti7

April 2013 - Aktiviti 6

  • Sesi Interaksi Tan Sri Mahmood Adam Bersama Peserta DPA


    BUKIT KIARA 9 April ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi dengan peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) di Auditorium INTAN Bukit Kiara. Hadir sama Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif, YBrs. Dr. Alauddin Sidal. Seramai 434 peserta hadir dalam sesi interaksi yang pertama kali di adakan untuk peserta DPA. Dalam sesi interaksi ini YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menerangkan mengenai Transformasi yang telah dan sedang dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Satu sesi soal jawab juga turut diadakan.----- MediaSPA

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

April 2013 - Aktiviti 5

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 13 BAGI TAHUN 2013


    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan 14 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 404 orang dan seramai 1,164 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 25 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

April 2013 - Aktiviti 4

  • S.P.A Muncul Juara Pertandingan Bola Jaring JPM 2013


    PUTRAJAYA 7 April ----- Pasukan Bola Jaring S.P.A muncul juara setelah menewaskan pasukan JPA dalam Pertandingan akhir Bola Jaring Peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2013 yang berlangsung di Padang Pancarona, Presint 18 Putrajaya semalam. Sebanyak 15 pasukan bertanding terdiri dari pelbagai Kementerian dan Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir menyaksikan pertandingan, Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat Encik Shafarin Nasuredin. Pasukan yang menjadi juara pada pertandingan kali ini telah mendapat hadiah berupa wang tunai serta pingat -----MediaSPA

Aktiviti4

April 2013 - Aktiviti 3

  • Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Melayu Dalam Perkhidmatan Awam


    PUTRAJAYA 5 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Jawatan kuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Melayu dalam Perkhidmatan Awam bertempat di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. Seramai 26 orang hadir terdiri daripada Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan cadangan dan maklumbalas mengenai penyertaan kaum Melayu dalam Perkhidmatan Awam. ----MediaSPA

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

April 2013 - Aktiviti 2

  • Mesyuarat S.P.A Dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa S.P.A


    PUTRAJAYA 3 April ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri di Bawah Bidang Kuasa S.P.A. di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Mesyuarat pertama bagi tahun 2013 ini telah di pengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Mesyuarat dimulakan dengan pengesahan minit Mesyuarat Bil 2/2012 serta perbincangan berdasarkan maklum balas minit Mesyuarat lepas dan isu-isu baru. Satu pembentangan kertas kerja bertajuk Arahan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga turut mengadakan Sidang Media selepas mesyuarat berakhir ----- MediaSPA

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

April 2013 - Aktiviti 1

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 12 BAGI TAHUN 2013


    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 12/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) Kertas Tindakan Tatatertib, 25 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 2,291 orang dan seramai 1,128 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 28 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1

April 2013

Mac 2013 - Aktiviti 18

  • Majlis Penutupan Rasmi Bengkel JPNIN

    KLANG 31 Mac ----- Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari hari ini telah merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Kertas Kerja Bagi Pegawai Lantikan Secara Kontrak di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad dan Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd. Shaiful Ibrahim. Hadir sama Ketua Pengarah JPNIN, YBhg. Dato' Azman Amin Hassan. Bengkel yang diadakan selama 3 hari ini telah diadakan di Hotel Goldcourse Klang ----- MediaSPA

Aktiviti18

 

Aktiviti18

 

Aktiviti18

 

Aktiviti18

Mac 2013 - Aktiviti 17

  • Tan Sri Mahmood Adam Rasmi Bengkel Bagi Pegawai Lantikan Secara Kontrak Di JPNIN

    KLANG 30 Mac ---- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan Bengkel Penyediaan Cadangan Kertas Kerja Bagi Pegawai Lantikan Secara Kontrak di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri. Bengkel selama tiga (3) hari yang bermula malam tadi diadakan di Hotel GoldCourse, Klang Selangor. Turut hadir, Setiausaha S.P.A YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. Satu taklimat kepada peserta-peserta turut disampaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu mengenai justifikasi keperluan pewujudan jawatan tetap, kajian skim bagi pegawai kontrak dan peluang kenaikan pangkat serta elaun dan kemudahan bagi pegawai-pegawai kontrak JPNIN. Manakala peserta-peserta bengkel hari ini akan membincangkan tiga (3) perkara iaitu Kajian Skim Perkhidmatan Pegawai Lantikan Kontrak, Penstrukturan semula organisasi JPNIN serta elaun dan kemudahan pegawai lantikan kontrak ---- MediaSPA

Aktiviti17

 

Aktiviti17

 

Aktiviti17

 

Aktiviti17

Mac 2013 - Aktiviti 16

  • "Perjumpaan Bersama Kumpulan Sokongan Setiap Bulan" --- Tan Sri Mahmood Adam

    SPA 29 Mac ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini berkata beliau akan mengadakan perjumpaan setiap bulan bersama pegawai-pegawai Kumpulan Sokongan. Beliau berkata demikian di dalam majlis perjumpaan bersama pegawai-pegawai Gred 26 ke bawah yang diadakan di Dewan Temu Duga petang tadi. Beliau juga menjelaskan bahawa perjumpaan seperti ini adalah baik seperti program Interaksi yang dilakukan oleh S.P.A pada masa kini. Antara perkara yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood ialah mengenai Transformasi S.P.A yang sedang dan telah dijalankan sekarang. Beliau juga mahu supaya kumpulan sokongan ini mengetahui dan memahami mengenai perubahan yang dilakukan dan menjelaskan perkara ini kepada orang ramai. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga menyarankan agar Warga S.P.A aktif dalam pelbagai aktiviti seperti sukan, lawatan dan kursus yang dianjurkan. Terdahulu dari itu, pada sebelah pagi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan perjumpaan bersama Kesatuan Pegawai-Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KEPAK) di bilik Mesyuarat Suruhanjaya ----- MediaSPA

Aktiviti16

 

Aktiviti16

 

Aktiviti16

 

Aktiviti16

 

Aktiviti16

Mac 2013 - Aktiviti 15

  • Bahagian Pengurusan Anjur "Jom Kreativiti Perpustakaan"

    SPA 29 Mac ----- Perpustakaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menganjurkan program “Jom Kreativiti Perpustakaan” sempena cuti persekolahan untuk anak-anak Warga S.P.A. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan melukis, mewarna dan kraf tangan. Acara tahunan yang diadakan di Perpustakaan S.P.A ini telah disertai seramai 37 orang kanak-kanak berumur antara 4 hingga 12 tahun. Hadir menyampaikan hadiah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Turut hadir Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah ----- MediaSPA

Aktiviti15

 

Aktiviti15

 

Aktiviti15

 

Aktiviti14

Mac 2013 - Aktiviti 14

  • Tan Sri Mahmood Adam Sempurnakan Penutupan Rasmi Kursus Urusan Pengambilan

    PORT DICKSON 28 Mac ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A),YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Urusan Pengambilan dan Teknik Temu Duga yang diadakan di Permaisuri Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. Turut hadir, Setiausaha S.P.A,YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Abdullah bin Tahir . Kursus tiga hari anjuran ASPA yang bermula pada hari Selasa lepas telah dihadiri oleh 52 peserta terdiri dari wakil-wakil Kementerian dan Jabatan. Antara lain, dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg.Tan Sri Mahmood Adam di majlis itu ialah mengenai Transformasi yang telah dan sedang dilaksanakan oleh S.P.A. ----- MediaSPA

Aktiviti14

 

Aktiviti14

 

Aktiviti14

 

Aktiviti14

 

Aktiviti14

Mac 2013 - Aktiviti 13

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 11 Bagi Tahun 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 11/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) Kertas Tindakan Tatatertib, 18 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,511 orang dan seramai 761 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.Manakala, 31 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti13

 

Aktiviti13

Mac 2013 - Aktiviti 12

  • Perjumpaan Tan Sri Mahmood Adam Bersama Ahli Jawatankuasa Khas Masyarakat Kaum Cina

    SPA 22 Mac ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Cina Dalam Perkhidmatan Awam yang telah dilantik oleh S.P.A. Perjumpaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya ini adalah bertujuan untuk berinteraksi dan mendapatkan cadangan bagi meningkatkan komposisi kaum Cina dalam Perkhidmatan Awam. Turut hadir Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia.-----MediaSPA

Aktiviti12

 

Aktiviti12

 

Aktiviti12

Mac 2013 - Aktiviti 11

  • "Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan PTD Pada 13 April 2013" ----- Tan Sri Mahmood Adam

    SEMBRONG, KLUANG 20 Mac ----- Pengerusi S.P.A YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) akan mengadakan Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) pada 13 April 2013 . Beliau berkata demikian dalam Sidang Media yang diadakan selepas mengadakan Sesi Interaksi Dengan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan Bagi Daerah Kluang yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Sembrong Kluang Johor. Turut hadir, Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan. Sesi interaksi ini adalah merupakan yang ke-15 diadakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam juga turut diadakan yang disertai oleh 15 Kementerian/Jabatan dari daerah Kluang. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga telah melawat booth dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan. Satu sesi taklimat kerjaya juga turut diadakan yang dihadiri oleh pelajar Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang, Johor. ----- MediaSPA

Aktiviti11

 

Aktiviti11

 

Aktiviti11

 

Aktiviti11

Mac 2013 - Aktiviti 10

  • Lawatan Kerja Dari SPA Singapura

    SPA 20 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) semalam telah menerima delegasi dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura yang diketuai oleh Pengerusinya, Mr Eddie Teo. Lawatan kerja sehari yang disertai oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya Negara berkenaan adalah untuk melihat dengan lebih dekat pelaksanaan proses urusan pengambilan dan perkhidmatan di S.P.A Malaysia. Terdahulu dari itu kunjungan hormat kepada Pengerusi S.P.A., YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah diadakan di bilik Mesyuarat Pengerusi. Satu taklimat ringkas mengenai fungsi-fungsi S.P.A telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, di bilik mesyuarat Suruhanjaya. Turut hadir Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan S.P.A ----- MediaSPA

Aktiviti10

 

Aktiviti10

 

Aktiviti10

Mac 2013 - Aktiviti 9

  • Mesyuarat Suruhanjaya ke 10/2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) Kertas Tindakan Tatatertib, 19 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 585 orang dan seramai 804 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 42 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti9

 

Aktiviti9

 

Aktiviti9

Mac 2013 - Aktiviti 7

  • Ahli Suruhanjaya Baharu

    SPA 16 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah menerima seorang Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu YBhg. Dato’ Mhd. Najri Abd Hamid. Upacara mengangkat sumpah semalam telah dilakukan dihadapan Hakim Mahkamah Rayuan, Y.A. Dato' Haji Mohd. Zawawi Salleh di Istana Kehakiman, Putrajaya dengan diiringi Setiausaha S.P.A. YBhg. Datuk Ramli Juhari. Selepas upacara mengangkat sumpah, YBhg. Dato’ Mhd Najri telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan menandatangani surat penerimaan jawatan secara rasmi.----- MediaSPA

Aktiviti7

 

Aktiviti7

 

Aktiviti7

Mac 2013 - Aktiviti 6

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 9 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 9/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) Kertas Tindakan Tatatertib, 16 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 602 orang dan seramai 772 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 22 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti6

 

Aktiviti6

 

Aktiviti6

Mac 2013 - Aktiviti 5

  • Mesyuarat Status Transformasi SPA

    MELAKA 8 Mac ----- Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Status Transformasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Mesyuarat yang diadakan di Hotel Hatten Melaka turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Sementara itu pada petang semalam, Setiausaha S.P.A turut mempengerusikan Mesyuarat Key Perfomance Indicator (KPI) yang diadakan di Pusat Temu Duga S.P.A Melaka -----MediaSPA

Aktiviti5

 

Aktiviti5

 

Aktiviti5

Mac 2013 - Aktiviti 4

  • Program Senam Seni Di S.P.A Terus Mendapat Sambutan

    SPA 6 Mac ----- Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari hari ini turut serta bersama Warga S.P.A dalam Program Senam Seni. Program yang diadakan setiap minggu pada hari Rabu itu terus mendapat sambutan dari kalangan warga S.P.A. Hadir sama, Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat, Encik Kamarudzaman Hassan dan Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd Shaiful Ibrahim. Program Senam Seni yang bermula sejak tahun 2010 itu telah diperkenalkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Acara yang bermula selepas waktu pejabat itu telah diadakan selama sejam bermula pada jam 5.30 petang di Dewan Temu Duga S.P.A, Aras 6---- MediaSPA

Aktiviti4

 

Aktiviti4

 

Aktiviti4

Mac 2013 - Aktiviti 3

  • Bengkel Penyediaan Bajet 2014 SPA

    SPA 5 Mac ----- Setiausaha S.P.A YBhg. Datuk Ramli Juhari hari ini telah merasmikan Bengkel Penyediaan Bajet 2014 anjuran ASPA di Aras 10, Anjung Ilham. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha,(Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Setiausaha-Setiausaha Bahagian serta pegawai-pegawai yang mewakili setiap bahagian di S.P.A. Bengkel selama dua (2) hari ini mengandungi 4 modul iaitu Taklimat Dasar-Dasar Bajet 2014 & 2015, Penyediaan Bajet, Semakan Semula Kerangka Prestasi dan Semakan Semula Outcome Aktiviti di bawah Sistem MyResult. Taklimat bengkel disampaikan oleh Encik Afizal Kasa dari Kementerian Kewangan Malaysia ----- MediaSPA

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3

Mac 2013 - Aktiviti 2

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 8 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) Kertas Tindakan Tatatertib, 20 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 315 orang dan seramai 779 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 29 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai seorang (1) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti2

 

Aktiviti2

 

Aktiviti2

Mac 2013 - Aktiviti 1

  • Putrajaya S.P.A FC Tewaskan Pos Malaysia

    SHAH ALAM 2 Mac ----- Pasukan Bola Sepak Putrajaya S.P.A FC menang setelah menewaskan pasukan Pos Malaysia FC 1-0 dalam saingan Liga Perdana 2013 yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam petang semalam. Jaringan Putrajaya S.P.A FC diperoleh melalui pemain Farizal Rozali pada minit ke-90. Putrajaya S.P.A FC yang bermain di stadium sama minggu lepas telah mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan bola juga pada separuh masa kedua, namun Pos Malaysia FC dapat mengekang kemaraan pemain-pemain S.P.A yang diketuai kapten Sazali Suwandi. Perlawanan ke-10 minggu hadapan Putrajaya S.P.A FC akan bertemu dengan pasukan PDRM di Stadium Hang Tuah Melaka ----- MediaSPA

Aktiviti1

Januari 2013 - Aktiviti 8

  • Liga Perdana 2013, S.P.A. Putrajaya FC Seri Bertemu Sarawak

    MELAKA 15 Januari ----- " Kualiti permainan S.P.A. Putrajaya FC adalah setanding dengan pemain-pemain negeri" itulah ulasan dari Presiden S.P.A. Putrajaya FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari dihadapan pemain-pemain bola sepak sejurus selesai permainan dalam saingan Liga Perdana 2013 menentang Sarawak di Stadium Hang Tuah, Melaka petang semalam. Pemain Sarawak terpaksa berpuas hati dengan mengutip satu (1) mata setelah menang kesemua perlawanan sebelum ini. Jaringan S.P.A. Putrajaya FC diperolehi melalui Mohd Hanifuddin pada minit ke-24. Jaringan pasukan Sarawak diperolehi dalam masa kecederaan separuh masa pertama. Keputusan seri 1-1 berakhir sehingga tamat permainan. -----MediaSPA

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Aktiviti8

Mac 2013

Januari 2013 - Aktiviti 6

  • Liga Perdana 2013 - SPA Putrajaya FC Tewaskan Perlis

    MELAKA 11 Januari ----- SPA Putrajaya FC tundukkan Perlis dengan jaringan 4 - 2 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka petang tadi. SPA yang memperoleh jaringan seawal minit ke-2 melalui Fadzly Iskandar diikuti dengan jaringan oleh Sazali Suwandi pada separuh masa kedua melalui tendangan percuma dari jarak 25 meter ke gawang pasukan lawan. Khairol Azry menambah derita Perlis dengan menjaringkan gol ketiga lima minit selepas itu dan sekali lagi Khairol Azry menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke 73. Perlis memperolehi jaringan melalui Mohd Alimi Fahami dan pemain import Antawi Dennis Thauhid. Turut hadir menyaksikan perlawanan, Presiden S.P.A PUTRAJAYA FC, Datuk Ramli Juhari. S.P.A PUTRAJAYA FC akan bertemu dengan Pasukan Sarawak pada Hari Isnin depan di Stadium yang sama----- MediaSPA

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Aktiviti6

Februari 2013 - Aktiviti 12

  • SPA Ditahap Prestasi Yang Baik -- Datuk Ramli Juhari

    SPA 28 Februari ----- Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A), YBhg. Datuk Ramli Juhari berkata, S.P.A kini pada tahap prestasi baik kerana tidak menerima aduan sehingga memudaratkan dan terpaksa menjelaskan kepada Kabinet atau Parlimen yang boleh menyebabkan imej S.P.A tercalar. Menurutnya lagi, beliau meminta agar warga S.P.A mengekalkan kecemerlangan seperti tahun-tahun yang lepas. Beliau berkata demikian di Majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Bahagian Pengurusan Maklumat yang diadakan di Dewan Temu duga semalam. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Terdahulu dari itu beliau berkata, dengan kemudahan teknologi terkini, warga S.P.A diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang salah kepada orang luar. YBhg. Datuk Ramli juga mengingatkan kepada pegawai yang terlibat memaklumkan mengenai keputusan temu duga supaya menepati tarikh keputusan seperti yang dijanjikan, supaya calon tidak tertanya-tanya atau menunggu terlalu lama. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada warga S.P.A yang mendapat kenaikan pangkat dan meraih kejayaan dalam sukan anjuran PASPA----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

Januari 2013 - Aktiviti 5

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012

    SPA 11 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012. Penyampaian sijil dan hadiah insentif berupa wang tunai telah disempurnakan oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha Perkhidmatan, Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha Pengambilan Encik Zainal Abidin Ahmad, Pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Seramai 34 orang calon penerima APC pada tahun 2012 yang diadakan di Dewan Temu Duga Putrajaya. Dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood, beliau mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima APC dan berharap mereka sama-sama dapat menjayakan transformasi yang dilaksanakan oleh S.P.A dari semasa ke semasa..----- MediaSPA

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

Aktiviti5

Februari 2013 - Aktiviti 11

  • Sesi Interaksi S.P.A Di Bagan Datoh Perak

    BAGAN DATOH 26 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-persatuan dan Badan-Badan bukan Kerajaan di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, Perak. Sesi interaksi yang ke-15 ini dihadiri oleh Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Sesi Taklimat Kerjaya juga diadakan yang telah dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah di sekitar Bagan Datoh dan Teluk Intan, Perak. S.P.A juga turut mengadakan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. Karnival Kerjaya yang mendapat sambutan orang ramai ini turut dihadiri Ahli Parlimen Bagan Datoh, YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan beliau turut melawat gerai-gerai pameran dengan diiringi oleh YBhg. Dato' R. Segarajah. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

Januari 2013 - Aktiviti 4

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 1 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 1/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) Kertas Tindakan Tatatertib, 28 Kertas Rayuan Tatatertib dan satu (1) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 285 orang dan seramai 472 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 14 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

Aktiviti4

Februari 2013 - Aktiviti 10

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 7 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 7/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan 29 Kertas Rayuan Tatatertib dan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 531 orang dan seramai 717 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 25 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

Januari 2013 - Aktiviti 3

  • Aksi Liga Perdana 2013, KL S.P.A Putrajaya FC Tetap memberi Saingan Tanpa Pemain Import

    KOTA KINABALU 7 Januari ----- Jaringan lewat separuh masa kedua menerusi tendangan penalti pasukan tuan rumah Sabah menyebabkah pasukan KL S.P.A Putrajaya FC, pulang tanpa sebarang mata dalam saingan pembukaan Liga Perdana 2013 yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu Sabah petang semalam. Jaringan kedua pasukan Sabah itu diperoleh melalui Shahrul Azhar Ture pada minit ke-70. Bagaimanapun pasukan KL S.P.A Putrajaya yang tidak mempunyai pemain import tetap memberi saingan dan menembusi benteng pasukan Sabah melalui jaraingan oleh Muhamad Asyidi Dil Ashar Yusof pada minit ke-26 separuh masa pertama. Sabah yang bermain dihadapan penyokong sendiri, menang 2-1. Pasukan S.P.A Putrajaya FC akan bertemu Perlis dalam perlawanan kedua pada Jumaat ini di Stadium Hang Tuah Melaka. ----- MediaSPA

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Aktiviti3

Februari 2013 - Aktiviti 9

  • Pengerusi S.P.A Serah Surat Tawaran Lantikan Ke Perkhidmatan Awam

    S.P.A 21 Februari ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan surat tawaran lantikan ke perkhidmatan awam kepada 298 calon yang telah berjaya dalam temu duga yang dijalankan oleh S.P.A baru-baru ini. Turut hadir, Timbalan Pengerusi S.P.A YBhg. Dato' R. Segarajah, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Majlis Khas tersebut telah berlangsung di Dewan Temu Duga S.P.A Putrajaya. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tan Sri Mahmood Adam, "Inilah kali pertama S.P.A menyerahkan surat secara terus kepada calon yang berjaya dan ini merupakan Transformasi yang ke-36 dilakukan oleh S.P.A". Majlis khas pada hari ini melibatkan calon-calon bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41, Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Farmasi Gred U41, Pegawai Pergigian Gred U41, Penolong Pegawai Teknologi maklumat Gred F29 dan Penolong Pegawai Penguat kuasa Gred N27. Satu sidang media turut diadakan selepas majlis penyampaian berakhir. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

Januari 2013 - Aktiviti 2

  • "Kekalkan Hubungan Baik Antara Majikan Dan Pekerja" - Tan Sri Mahmood Adam

    KOTA KINABALU 7 Januari ----- Pengerusi SPA, YBhg Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan agar hubungan baik yang sedia ada terus dikekalkan demi menjaga kebajikan warga SPA. Beliau berkata demikian dalam amanat yang disampaikan dihadapan wakil pekerja yang bermesyuarat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu malam tadi. Mesyuarat MBJ pertama bagi tahun 2013 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ramli Juhari turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Perkhidmatan, Puan Lim Mooi Eia. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam yang menyampaikan amanat sebelum bermula mesyuarat itu juga memaklumkan bahawa SPA kini telah melakukan lebih dari 30 Transformasi sejak 7 bulan beliau menjadi Pengerusi SPA. ----- MediaSPA

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Aktiviti2

Februari 2013 - Aktiviti 8

  • Ahli Suruhanjaya Baharu

    SPA 19 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah menerima dua (2) orang Ahli Suruhanjaya yang baru iaitu YBhg. Datuk Mohd Zain Mohd Dom dan Tuan Haji Sumali Amat. Upacara mengangkat sumpah telah dilakukan dihadapan Hakim Mahkamah Rayuan, Y.A. Dato' Haji Mohd. Zawawi Salleh di Istana Kehakiman di Putrajaya petang tadi dengan diiringi Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Bin Nasuredin. Selepas upacara mengangkat sumpah, YBhg. Datuk Mohd Zain Mohd Dom dan Tuan Haji Sumali Amat telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan menandatangani surat penerimaan jawatan secara rasmi.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

Januari 2013 - Aktiviti 1

  • Sidang Media Khas Pengerusi SPA

    SPA 2 Januari ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan Sidang Media Khas mengenai pencapaian S.P.A sepanjang tahun 2012 meliputi urusan Pelantikan, Perkhidmatan serta Naik Pangkat dan Tatatertib di bawah bidang kuasa S.P.A. Sidang media yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad. Dalam sidang media tersebut, YBhg. Tan Sri Pengerusi telah memaklumkan kepada pihak media bahawa sepanjang Jun 2012 hingga Disember 2012, pendaftaran daripada kaum Cina dan India telah meningkat setelah pelbagai usaha yang telah beliau laksanakan seperti Sesi Interaksi bersama Kementerian/Jabatan/NGO, roadshow, penubuhan jawatankuasa khas dan mesyuarat secara berkala bersama Kementerian/Jabatan/NGO. ----- MediaSPA

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1

Aktiviti1

Februari 2013 - Aktiviti 7

  • Sesi Interaksi Pengerusi SPA Dengan Pegawai Kontrak Di KPKK

    PUTRAJAYA 19 Februari ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan sesi interaksi dengan pegawai-pegawai lantikan secara kontrak di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) di Putrajaya. Sesi interaksi ini adalah yang ketiga diadakan selepas Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Turut hadir, Ketua Setiausaha KPKK, YBhg. Dato' Sri Kamaruddin Siaraf, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Satu sidang media turut diadakan selepas sesi interaksi berakhir. Sementara itu pada sebelah petang, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan perjumpaan susulan bersama wakil pegawai dari KPKK dan pegawai-pegawai kontrak di Kementerian tersebut di S.P.A.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

Januari 2013

Februari 2013 - Aktiviti 5

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 6 Bagi Tahun 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 6/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) Kertas Tindakan Tatatertib dan 23 Kertas Rayuan Tatatertib dan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,131 orang dan seramai 1,112 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.Manakala, 43 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai enam (6) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Disember 2014 - Aktiviti 11

  • PERISTIWA BERGAMBAR 11 Dis ----- Mesyuarat Pra Temu Duga Jawatan Pegawai Siasatan Di SPRM

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti11

 

Aktiviti11

 

Aktiviti11

Februari 2013 - Aktiviti 4

  • Sesi Interaksi Tan Sri Mahmood Adam Dengan Pegawai-Pegawai Lantikan Secara Kontrak Di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

    PUTRAJAYA 12 Februari ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan sesi interaksi dengan pegawai-pegawai Lantikan Secara Kontrak Di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Jumaat lepas . Sesi interaksi yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Putrajaya turut dihadiri oleh Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Ketua Pengarah Kemas YBhg. Dato' Hassan Mohd Amin. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan SPA. Sesi interaksi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan ekspektasi pegawai-pegawai lantikan kontrak terhadap SPA selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang utama dalam Perkhidmatan Awam. Satu sidang media turut diadakan selepas majlis sesi interaksi berakhir di tempat yang sama. Sementara itu pada sebelah petang, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan perjumpaan bersama wakil-wakil Penyelia KEMAS negeri-negeri di bilik Mesyuarat Suruhanjaya.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Disember 2014 - Aktiviti 10

  • PERISTIWA BERGAMBAR 11 Dis ----- Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti10

 

Aktiviti10

 

Aktiviti10

Februari 2013 - Aktiviti 3

  • Tan Sri Mahmood Adam Sampaikan Sumbangan

    SPA 7 Februari ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada warga S.P.A berketurunan Cina. Majlis ringkas yang diadakan di bilik Mesyuarat Pengerusi turut di hadiri oleh Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad. Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood, beliau mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada warga S.P.A berketurunan Cina dan menasihatkan agar berhati-hati dalam perjalanan ketika memandu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Disember 2014 - Aktiviti 9

  • PERISTIWA BERGAMBAR 11 Dis ----- Pegawai Tugas-Tugas Khas S.P.A Baharu

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti9

Februari 2013 - Aktiviti 2

  • Sesi Interaksi Dan Karnival Kerjaya Di Sandakan

    SANDAKAN 5 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan-badan berkanun dan Persatuan-persatuan badan-badan bukan kerajaan. Sesi Interaksi yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah. Turut hadir Timbalan Pengerusi SPA Negeri Sabah, YBhg. Datuk Claudius Roman, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sabah, Encik Musa Sulaiman dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Sidang media juga diadakan selepas sesi Interaksi berakhir. Selain dari itu S.P.A juga telah mengadakan Karnival Kerjaya yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. Antara aktiviti yang diadakan adalah pendaftaran online, semakan online dan taklimat kerjaya kepada pelajar-pelajar sekolah menengah disekitar Sandakan. YBhg. Dato' R. Segarajah juga melawat gerai pameran dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan. ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Disember 2014 - Aktiviti 8

  • PERISTIWA BERGAMBAR 10 Dis ----- Kursus Urusan Perkhidmatan dan Pengendalian Tatatertib

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti8

 

Aktiviti8

Februari 2013 - Aktiviti 1

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 5 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 5/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) Kertas Tindakan Tatatertib dan 17 Kertas Rayuan Tatatertib dan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 416 orang dan seramai 525 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 24 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Disember 2014 - Aktiviti 7

  • PERISTIWA BERGAMBAR 10 Dis ----- Pengerusi S.P.A Jalankan Sesi Temu Duga PTD

    Peristiwa bergambar.

Aktiviti7

Januari 2013 - Aktiviti 19

  • Sesi Interaksi Pengerusi SPA Bersama Pegawai-Pegawai Lantikan Secara Kontrak Di JPNIN

    PUTRAJAYA 30 Januari ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan sesi interaksi dengan pegawai-pegawai Lantikan Secara Kontrak Di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN). Sesi interaksi yang diadakan di PICC turut di hadiri Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, YBhg. Dato' Azman Amin Hassan, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan SPA. Sesi interaksi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan ekspektasi pegawai-pegawai lantikan kontrak terhadap SPA selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang utama dalam Perkhidmatan Awam. Satu sidang media turut diadakan selepas majlis sesi interaksi berakhir di tempat yang sama. Sementara itu pada sebelah petang, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan perjumpaan bersama wakil-wakil kesatuan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bilik Mesyuarat Suruhanjaya -----

Aktiviti19

Aktiviti19

Aktiviti19

Aktiviti19

Aktiviti19

Aktiviti19

Aktiviti19

Aktiviti19

Disember 2014 - Aktiviti 5

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 43 bagi Tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 43/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,222 orang dan seramai 720 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.Manakala, dua belas (12) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti5

 

Aktiviti5

 

Aktiviti5

Januari 2013 - Aktiviti 18

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 4 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 4/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) Kertas Tindakan Tatatertib dan 16 Kertas Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 3,621 orang dan seramai 895 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 30 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan

Aktiviti18

Aktiviti18

Aktiviti18

Aktiviti18

Aktiviti18

Disember 2014 - Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 4 Dis ----- "7.7 juta pelanggan mendapat manfaat hasil dari transformasi S.P.A" --- Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA 4 Dis ----- Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam berkata, seramai 7.7 juta pelanggan telah mendapat manfaat hasil dari transformasi yang dilaksanakan oleh S.P.A pada tahun ini sehingga November 2014. Belau berkata demikian ketika membentangkan laporan “Report Kad” S.P.A kepada YB. Menteri di majlis Perhimpunan Khas Pencapaian Prestasi Dan Transformasi S.P.A Tahun 2014 di Putrajaya pagi tadi. Hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu anak Belaun, Pengerusi S.P.P Datuk Dr.Halil Dolhan, Timbalan Pengerusi S.P.A Dato’ R. Segarajah, Pengerusi-Pengerusi S.P.A Negeri, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta wakil-wakil Jabatan serta NGO. Dimajlis yang sama juga upacara menandatangani surat perjanjian pelaksanaan peperiksaan secara dalam talian antara S.P.A dengan JARING Communications dan Novatis Recourses Sdn.Bhd serta penyampaian sijil penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas sumbangan dalam menjayakan produk 1 Malaysia Transformasi S.P.A pada tahun 2014 ----- MediaSPA

Aktiviti4

 

Aktiviti4

 

Aktiviti4

 

Aktiviti4

 

Aktiviti4

 

Aktiviti4

Januari 2013 - Aktiviti 17

  • Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

    PUTRAJAYA 24 Januari ----- Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan telah diadakan hari ini di Masjid Putra, Putrajaya. Seramai 13 ribu orang yang hadir terdiri daripada pegawai-pegawai di pelbagai Kementerian/Jabatan, Badan berkanun, Swasta dan NGO berarak bermula daripada Presint 2 ke Dataran Putra. Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A.), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. S.P.A juga turut menyertai acara perarakan yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah. DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong telah berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Tema Sambutan Maulidur Rasul kali ini ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" . ----- MediaSPA

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Aktiviti17

Disember 2014 - Aktiviti 3

  • PERISTIWA BERGAMBAR 2 Dis ----- Mesyuarat Bersama S.P.A Dan JPA
Aktiviti3

 

Aktiviti3

Januari 2013 - Aktiviti 16

  • Sesi Interaksi Dan Karnival Kerjaya Di Pagoh

    PAGOH 23 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan bertempat di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh, Johor. Sesi interaksi yang pertama pada tahun ini telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Cik Chan Hong Jin dan Setiausaha Bahagian Pengambilan Encik Abdullah Tahir. S.P.A juga telah mengadakan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. Encik Zainal Abidin telah mengunjungi setiap gerai pameran kerjaya untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan. ------ MediaSPA

Aktiviti16

Aktiviti16

Aktiviti16

Aktiviti16

Aktiviti16

Aktiviti16

Disember 2014 - Aktiviti 2

  • PERISTIWA BERGAMBAR 1 Dis ----- Pengerusi S.P.A Terima Kunjungan Felo Perdana
Aktiviti2

Januari 2013 - Aktiviti 15

  • Lawatan Kerja Ke Jabatan Laut Malaysia

    KLANG 21 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A.) hari ini telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Laut Malaysia di Klang, Selangor. Lawatan kerja yang diketuai oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam adalah bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya yang diadakan di Jabatan tersebut. Turut hadir, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Taklimat mengenai Jabatan Laut turut disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia, YBhg. Dato' Kapten Haji Ahmad Othman. Rombongan turut juga di bawa melawat ke Pusat Operasi Vessel Traffic System (VTS). Seterusnya rombongan dibawa melawat ke sekitar pelabuhan dengan menaiki Kapal Laut PEDOMAN. ----- MediaSPA

Aktiviti15

Aktiviti15

Aktiviti15

Aktiviti15

Aktiviti15

Aktiviti15

Disember 2014 - Aktiviti 1

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 42 BAGI TAHUN 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 42/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,157 orang dan seramai 671 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tujuh (7) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib dan sembilan (9) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

Aktiviti1

 

Aktiviti1

 

Aktiviti1

Januari 2013 - Aktiviti 14

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 3 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan 27 Kertas Rayuan Tatatertib dan tiga (3) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 3,130 orang dan seramai 837 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 32 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai enam (6) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

Aktiviti14

Aktiviti14

Aktiviti14

Aktiviti14

Aktiviti14

Disember 2014

Januari 2013 - Aktiviti 13

  • Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Bersama BERNAMA Radio 24

    KUALA LUMPUR 19 Januari ----- Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad malam tadi telah bersiaran secara langsung di Stesan Bernama Radio 24, di Wisma Bernama, Kuala Lumpur. Rancangan yang bernama "DALAM RADAR" telah ke udara dari jam 7 malam hingga 8 malam bersama peneraju Wan Syahrina dan Ikmal Hafis. Antara topik yang dibincangkan adalah mengenai kriteria yang perlu ada pada penjawat awam dan layanan penjawat awam kepada orang ramai/pelanggan terutama di kaunter barisan hadapan. Rancangan ini juga dibuka kepada orang ramai untuk panggilan telefon secara langsung.-----MediaSPA

Aktiviti13

November 2014 - Aktiviti 12

  • PERISTIWA BERGAMBAR 6 Nov ------ Tan Sri Mahmood Adam Serah Surat Lantikan Jawatankuasa Khas

    Peristiwa bergambar

Aktiviti12

Januari 2013 - Aktiviti 12

  • Perasmian Persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Ke-5

    MELAKA 17 Januari ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyempurnakan Majlis Penutupan Persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Ke-5. Hadir sama, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R.Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), YBhg. Dato' Dr. Ismail Bin Alias dan Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Terdahulu dari itu satu Forum bertajuk "Tatacara Pelaksanaan Tindakan Surcaj Dalam Perkhidmatan Awam" telah dibentangkan oleh tiga orang panel iaitu YBhg. Dato' S. Kumaran, Setiausaha Bahagian Kewangan Strategik Kementerian Kewangan, YBhg. Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang, Ketua Audit Negara dan YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruki Penasihat Undang-Undang Universiti Teknologi Mara. Sementara itu, YBhg. Dato' Dr. Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menjadi Moderator forum tersebut. Dalam Majlis Penutupan Persidangan ini juga, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menyampaikan Sijil Pentauliahan kepada 13 Pegawai Pemudah Cara Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam. Persidangan selama dua hari ini, telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam semalam. -----MediaSPA

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

Aktiviti12

November 2014 - Aktiviti 11

  • PERISTIWA BERGAMBAR 6 Nov ----- Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    Peristiwa bergambar

Aktiviti11

Aktiviti11

Januari 2013 - Aktiviti 11

  • Perasmian Persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Ke-5

    MELAKA 16 Januari ----- Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam hari ini telah merasmikan Persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Ke - V. Persidangan anjuran bersama antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut di hadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka YB Datuk Wira Omar Kaseh, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), YBhg. Datuk Farida Mohd Ali, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta wakil-wakil Kementerian/Jabatan. YAB Ketua Menteri Melaka juga turut melancarkan buku bertajuk "Bongkar: Kompilasi Kesilapan Lazim Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam". Seramai hampir 300 peserta hadir dalam persidangan yang diadakan di Hotel Equatorial Melaka ini. Satu sidang media turut diadakan selepas majlis perasmian di tempat yang sama. Tema Persidangan pada kali ini ialah "Transformasi Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam" dimana sebanyak tiga (3) kertas kerja akan dibentangkan selama dua hari persidangan berlangsung.----- MediaSPA

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

Aktiviti11

November 2014 - Aktiviti 10

  • PERISTIWA BERGAMBAR 5 Nov ----- Bengkel Pemandu Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) SPA

    Peristiwa bergambar

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Januari 2013 - Aktiviti 10

  • Lawatan Dari Chinese Academy Of Governance

    SPA 16 Januari -----Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menerima kunjungan dari "Chinese Academy Of Governance". Rombongan daripada Beijing, China seramai tiga orang pegawai diketuai oleh Qin Sichai, Director General, Department Of Education Planning. Satu taklimat mengenai SPA telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Turut hadir Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha Perkhidmatan, Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha Pengambilan, Encik Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan SPA. Sejurus selepas selesai sesi taklimat, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam menyampaikan cenderamata kenangan kepada Qin Sichai dan delegasi ----- MediaSPA

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Aktiviti10

Pegawai Geosains Gred C9

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : SAINS
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Kaji Bumi, Geofizik, Fizik (Geofizik), Kaji Bumi (Geofizik) atau Kimia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred C9: RM2,580.00); atau

    2. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Perlombongan, Mineral atau Kaji Logam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred C9: RM2,690.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Geosains adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Geosains Gred C9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  1. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1. memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED C10 : 6. Pegawai Geosains Gred C9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Geosains Gred C10 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED C12 : 7. Pegawai Geosains Gred C10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Geosains Gred C12 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED C13 : 8. Pegawai Geosains Gred C12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Geosains Gred C13 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED C14 : 9. Pegawai Geosains Gred C13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Geosains Gred C14 yang kosong apabila telah:
  1. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 10. Pegawai Geosains Gred C14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Laut yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).

Januari 2013 - Aktiviti 9

  • Pengerusi SPA Bersama BERNAMA TV

    KUALA LUMPUR 15 Januari ----- Pengerusi S.P.A. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah bersiaran secara langsung bersama BERNAMA TV di saluran Astro 502 malam tadi. Siaran selama sejam yang bermula 10.00 malam hingga 11.00 malam dalam rancangan "Helo Malaysia" itu dikendalikan perantara terkenal Sherkawi Jirim. Antara lain, topik yang dibincangkan adalah mengenai Transformasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta peningkatan permohonan pekerjaan ke perkhidmatan awam dari kalangan kaum Cina dan India. Rancangan tersebut juga dibuka untuk pertanyaan penonton melalui panggilan telefon. -----MediaSPA

Aktiviti9

Aktiviti9

Pegawai Farmasi Gred UF9

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERUBATAN DAN KESIHATAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. Ijazah Sarjana Muda Farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred UF9: RM2,910.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEGAWAI FARMASI GRED UF10, UF12, UF13, ATAU UF14 : 3. Calon bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF10, UF12, UF13 atau UF14 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2; dan
  2. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.

    (Gaji permulaan lantikan pada Gred UF10: RM3,840.00/
    Gaji permulaan lantikan pada Gred UF12: RM5,530.00/
    Gaji permulaan lantikan pada Gred UF13: RM6,210.00/
    Gaji permulaan lantikan pada Gred UF14: RM6,560.00).

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN : 4. Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF9 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
  2. had umur pelantikan:
    1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA : 5. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 6. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UF10 : 7. Pegawai Farmasi Gred UF9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF10 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UF12 : 8. Pegawai Farmasi Gred UF10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF12 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UF13 : 9. Pegawai Farmasi Gred UF12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF13 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED UF14 : 10. Pegawai Farmasi Gred UF13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Farmasi Gred UF14 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI : 11. Pegawai Farmasi Gred UF14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
DESKRIPSI TUGAS :
  1. Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan, pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal; atau
  2. Berkhidmat di Unit-unit Penguatkuasa Farmasi di negeri-negeri menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasa undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran; atau
  3. Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan - menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Farmasi yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).