April 2013 - Aktiviti 15
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 15 Bagi Tahun 2013
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 15/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan 17 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 659 orang dan seramai 1,165 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 37 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai lima (5) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.