Januari 2013 - Aktiviti 15
- Lawatan Kerja Ke Jabatan Laut Malaysia
KLANG 21 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A.) hari ini telah membuat lawatan kerja ke Jabatan Laut Malaysia di Klang, Selangor. Lawatan kerja yang diketuai oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam adalah bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya yang diadakan di Jabatan tersebut. Turut hadir, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Taklimat mengenai Jabatan Laut turut disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia, YBhg. Dato' Kapten Haji Ahmad Othman. Rombongan turut juga di bawa melawat ke Pusat Operasi Vessel Traffic System (VTS). Seterusnya rombongan dibawa melawat ke sekitar pelabuhan dengan menaiki Kapal Laut PEDOMAN. ----- MediaSPA