Februari 2013 - Aktiviti 7
- Sesi Interaksi Pengerusi SPA Dengan Pegawai Kontrak Di KPKK
PUTRAJAYA 19 Februari ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan sesi interaksi dengan pegawai-pegawai lantikan secara kontrak di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) di Putrajaya. Sesi interaksi ini adalah yang ketiga diadakan selepas Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Turut hadir, Ketua Setiausaha KPKK, YBhg. Dato' Sri Kamaruddin Siaraf, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Satu sidang media turut diadakan selepas sesi interaksi berakhir. Sementara itu pada sebelah petang, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan perjumpaan susulan bersama wakil pegawai dari KPKK dan pegawai-pegawai kontrak di Kementerian tersebut di S.P.A.----- MediaSPA
Â
Â
Â
Â
Â
Â