April 2015 - Aktiviti 18
- MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 14 BAGI TAHUN 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 14/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 877 orang dan seramai 575 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, dua (2) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib ---- MediaSPA