April 2015 - Aktiviti 37
- MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 16 BAGI TAHUN 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 584 orang dan seramai 1,878 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, enam (6) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. ---- MediaSPA