Julai 2012 - Aktiviti 1
- Pusat Temu Duga SPA Sandakan Dirasmi
SANDAKAN 3 Julai ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Sandakan, Sabah. Hadir sama, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sabah, Encik Musa Sulaiman. Sejurus perasmian, Pengerusi SPA telah mengadakan sesi dialog dengan wakil Jabatan/Kementerian/Badan bukan kerajaan dan masyarakat setempat. Terdahulu dari itu YBhg. Tan Sri Mahmood melawat ke bilik temu duga dan mengadakan sidang media di tempat yang sama. ----- MediaSPA