April 2019 - Aktiviti 6
- Berita Ringkas Roda2 Integriti SPA Malaysia
Di bawah Teras Pengukuhan Integriti, Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2013, Unit Integriti dengan kerjasama Unit Latihan SPA Malaysia telah mengadakan Kursus Roda-Roda Integriti di Nur Lembah Pangsun pada 19-21 April 2016 yang lepas. Seramai 31 orang terdiri dari pegawai kumpulan Sokongan dan Pengurusan&Profesional telah terlibat. Taklimat aturcara kursus telah disampaikan oleh En Ahmad Humaizie bin Ramly, Ketua Unit Integriti dan seterusnya taklimat aktiviti roda-roda integriti oleh Pak Long, fasilitator pusat latihan. Tugasan penyusunan gambar adalah salah satu sub aktiviti roda-roda integriti. Aktiviti ini memberi impak kepada pegawai agar bekerjasama dan saling tolong menolong dalam satu pasukan yang dibentuk. Program Drama Integriti juga diserapkan dalam roda-roda integriti. Di sini, peserta didedahkan dengan contoh kes sebenar kesalahan dan salahlaku integriti khususnya jenayah rasuah dan dilakonkan semula oleh semua pegawai dengan bakat dan inisiatif yang kreatif masing-masing. Program Santai Kopi-O Integriti bersama Ketua Unit Integriti telah diadakan di salah sebuah restoran berhampiran. Di sini, KUI berkongsi pengalaman dan penerangan contoh kes-kes perlanggaran integriti di Agensi Awam dan GLC. UI juga menasihati kepada pegawai agar terus kekal membudayakan integriti di SPA. Membina rakit dan bertukar rakit sesama kumpulan adalah sub aktiviti roda-roda integriti. Ianya mampu menerapkan ciri-ciri integriti pegawai dalam kumpulan khususnya, sifat yakin dan bekerjasama pada kemasan dan pemasangan rakit yang diamanahkan pada setiap individu dalam kumpulan yang lain. Kami adalah Pegawai-Pegawai Berintegriti SPA Malaysia !!!