Jun 2013 - Aktiviti 6
-
MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 21 BAGI TAHUN 2013Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, 11 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 585 orang dan seramai 611 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 39 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.