Jun 2020 - Aktiviti 1
- Berita Ringkas ----- Mesyuarat Bagi Membincangkan Urusan Temu Duga Semasa Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
PUTRAJAYA 1 Jun ----- YBrs. Tuan Haji Ghazali bin Hizam, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) telah mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan urusan temu duga semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Turut hadir YBrs. Tuan Haji Ikhbal Hanam bin Mukras, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) bersama-sama dengan pegawai daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ahli Mesyuarat kemudian di bawa melawat ke Bilik Temu Duga Ahli Suruhanjaya di Aras 12, Dewan Temu Duga di Aras 2 dan Lobi di Aras 1, Bangunan SPA Malaysia di Blok F1, Kompleks F, Putrajaya.