Mac 2019 - Aktiviti 1
- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Ke - 140
KOTA KINABALU 1 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-140 di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di Sabah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, YA Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Setiausaha SPKP, Encik Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara II, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, kenaikan pangkat dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan----- MediaSPA