Mei 2014 - Aktiviti 18
- Mesyuarat Suruhanjaya Kali bil. 18 bagi Tahun 2014
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 18/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 860 orang dan seramai 559 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 11 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.