Disember 2012 - Aktiviti 2
-
Sesi Interaksi Dan Karnival Kerjaya Di Pekan PahangPEKAN 5 Disember -----Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Bagi Negeri Pahang. Sesi Interaksi yang diadakan di Majlis Daerah Pekan, Pahang ini dihadiri oleh Timbalan Pengerusi YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Pegawai-pegawai kanan SPA. Satu sidang media juga turut diadakan sejurus selepas majlis Interaksi. SPA juga telah mengadakan Karnival Kerjaya yang turut disertai oleh 12 Kementerian dan Jabatan di tempat yang sama.----- MediaSPA