Disember 2013 - Aktiviti 2
-
Sesi Perbincangan Tan Sri Mahmood Adam Bersama Wakil Development Dimensions International Inc. (DDI)S.P.A 3 Dis ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan pertemuan wakil Development Dimensions International Inc. (DDC). Perbincangan yang berlangsung selama sejam itu turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin bin Ahmad dan Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri bin Dollah. Antara topik perbincangan adalah mendapatkan kaedah penambahbaikan urusan Temu Duga / Peperiksaan di Suruhanjaya.