September 2012 - Aktiviti 4
-
Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Bola Sepak SPA FCSPA 7 Sep ----- Presiden SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hari ini telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Bola Sepak yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Mesyuarat antara lain adalah membincangkan mengenai prestasi Pasukan Bola Sepak SPA FC bagi menghadapi Liga Perdana untuk tahun 2013. Turut hadir Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Naib–Naib Presiden dan Ahli-Ahli Jawatankuasa kelab. Sejurus selepas mesyuarat, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo telah menyerahkan bola kepada YBhg. Datuk Ramli Juhari sebagai tanda simbolik penyerahan jawatan Presiden Kelab Bola Sepak SPA FC kepada beliau. ----- MediaSPA