Jun 2015 - Aktiviti 4
- BERITA RINGKAS 4 Jun ----- Sesi Taklimat Keselamatan Makumat Perkhidmatan
PUTRAJAYA 4 Jun ----- Bahagian Pengurusan Maklumat hari ini telah menganjurkan program wacana ICT bersempena dengan bulan ICT S.P.A 2015. Satu sesi ceramah berkenaan keselamatan maklumat perkhidmatan telah disampaikan oleh Pengarah Pembangunan dan Keselamatan ICT MAMPU, Marsineh Jarmin. Antara lain dalam ceramah mengenai ICT yang disampaikan beliau ialah bagaimana MAMPU kini telah dapat mengawasi setiap komputer yang dibekalkan dan digunakan oleh setiap individu untuk tujuan keselamatan seperti tiada kebocoran maklumat. Dengan kemajuan teknologi, MAMPU juga turut mengesan sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti yang dilakukan tiada kaitan dengan bidang tugas seseorang itu dengan menggunakan kemudahan komputer yang dibekalkan oleh jabatan/agensi ----- MediaSPA