Julai 2013 - Aktiviti 8
- Bengkel Cadangan Penyediaan Kertas Kerja bagi Pegawai Lantikan Secara Kontrak Di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
NILAI 6 Julai ----- Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari telah merasmikan Bengkel Cadangan Penyediaan Kertas Kerja bagi Pegawai Lantikan Secara Kontrak Di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah di Nilai, Negeri Sembilan. Turut hadir Ketua Pengarah KEMAS, YBhg. Dato' Hassan Mohd Amin dan Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Saraan JPA, Encik Abdul Jamil Abdul Halim. YBhg. Datuk Ramli Juhari turut mengadakan sesi soal jawab selepas upacara perasmian. Antara kertas kerja yang dibincangkan oleh peserta bengkel pada hari ini ialah mengenai "Kajian Skim Bagi Pegawai Kontrak dan Peluang Kenaikan Pangkat" dan "Elaun dan Kemudahan Pegawai Lantikan Kontrak"-----MediaSPA