Disember 2012 - Aktiviti 1
-
Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-40 bagi Tahun 2012
Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-40 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) Kertas Tindakan Tatatertib, 13 Kertas Rayuan Tatatertib dan lima (5) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 163 orang dan seramai 913 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 41 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.