Februari 2015 - Aktiviti 6
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 5 Tahun 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 5/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,666 orang dan seramai 1,144 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima (5) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib ---- MediaSPA