Februari 2019 - Aktiviti 3
- BERITA RINGKAS 15 Feb ----- ENCIK ZOHARI SAID SETIAUSAHA SPA YANG BAHARU --- Dato' Zainal
PUTRAJAYA 14 Feb ----- Encik Zohari Said daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diumum sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang baharu menggantikan Dato’ Zainal Abidin Ahmad yang bersara wajib mulai hari ini. Pengumuman itu dibuat oleh Dato’ Zainal pada majlis perhimpunan bulanan SPA di Putrajaya petang semalam. Turut hadir Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman, Ahli Suruhanjaya serta pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Pada majlis itu juga Tan Sri Zainal menyampaikan kit kepada kakitangan baharu yang bertugas di SPA serta cenderamata kepada Dato’ Selwyn yang tamat perkhidmatan sebagai Ahli Suruhanjaya ----- MediaSPA