Mei 2013 - Aktiviti 3
- Bengkel Semakan Semula Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti
SPA 8 Mei ----- Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) bersama Unit Kualiti Dan Inovasi Bahagian Pengurusan telah menganjurkan Bengkel Semakan Semula Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti dan Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 bertempat di Anjung Ilham, Aras 10. Kursus dua (2) hari yang bermula semalam dan berakhir pada hari ini telah dihadiri oleh Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan dan juga wakil dari setiap Bahagian di S.P.A. Taklimat mengenai Semakan Prosedur Pengurusan dan Sokongan, Semakan Prosedur Proses Utama dan Manual Kualiti, Kaedah Menjalankan Audit telah disampaikan oleh Encik Ahmad Mansur dan Puan Megaswari Ramasamy daripada AM Consultancy Services ----- MediaSPA