Jun 2013 - Aktiviti 10
-
Kunjungan Hormat Pengerusi SPA Ke Atas Menteri Di JPMPUTRAJAYA 19 Jun ----- Pengerusi S.P.A, yang juga merupakan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Puan Hajah Nancy Shukri. Kunjungan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut diiringi oleh Setiausaha SPKP, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian Urus Setia SPKP, Encik Anuar Othman. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut menyampaikan taklimat kepada Y.B. Puan Hajah Nancy Shukri iaitu Menteri di JPM yang bertanggungjawab dalam portfolio berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan..----- MediaSPA