Februari 2014 - Aktiviti 17
-
Mesyuarat Suruhanjaya bil. 7 Bagi Tahun 2014Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 7/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 702 orang dan seramai 764 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 76 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.