Oktober 2017 - Aktiviti 2
- BERITA RINGKAS 31 Oktober ----- Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara 2017 Peringkat SPA
PUTRAJAYA, 30 Oktober ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak merakamkan penghargaan kepada tiga (3) orang warga SPA yang mewakili negara dalam temasya Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017. Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat SPA Tahun 2017 di Putrajaya, semalam. Menurutnya lagi, ini bukan sahaja membuktikan kemampuan bersaing di arena tempatan, tetapi yang lebih penting bagi mengharumkan nama Malaysia di pentas rantau Asia Tenggara. YBhg. Tan Sri Arpah seterusnya menyeru agar usaha mempamer aksi membanggakan diteruskan khususnya demi negara tercinta dan jabatan.Turut hadir, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA.----- MediaSPA