Mac 2015 - Aktiviti 36
- MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 12 BAGI TAHUN 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 12/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,051 orang dan seramai 858 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan empat belas (14) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib ---- MediaSPA