Jun 2015 - Aktiviti 15
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 23 Tahun 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 23/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 429 orang dan seramai 791 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat orang (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.