Mei 2013 - Aktiviti 7
- Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bersama NGO Cina
SPA 18 Mei ----- Pengerusi S.P.A YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas bersama NGO Cina bagi mengkaji penyertaan kaum Cina dalam sektor awam. Mesyuarat kali kedua diadakan pada tahun ini telah di adakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Turut hadir, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah, Ahli Suruhanjaya dan Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari . Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai inisiatif S.P.A untuk meningkatkan permohonan dari kaum Cina dalam perkhidmatan Awam seperti iklan kekosongan jawatan S.P.A terus di diiklankan di akhbar-akhbar utama berbahasa Cina dan satu rancangan khas mengenai S.P.A disiarkan di stesyen TV berbahasa Cina. ----- MediaSPA