Julai 2017 - Aktiviti 5
- Majlis Amanat Pengerusi SPA Bersama Peserta Kursus Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) - Kadet PTD Tahun 2017
PUTRAJAYA, 28 Julai ----- YBhg. Tan Sri Arpah binti Abdul Razak, Pengerusi SPA telah menghadiri Majlis Amanat Pengerusi SPA bersama peserta Kursus Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) atau Kadet PTD Tahun 2017 bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Mohd Gazali bin Abas, Pengarah INTAN, YBhg. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Timbalan Pengarah Kanan INTAN, YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Tahir, Timbalan Setiausaha Pengambilan SPA dan Puan Haslina binti Ahmad, Setiausaha Bahagian Pengambilan SPA. Jumlah peserta Kursus Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) 2017 pada kali ini adalah seramai 391 orang dan peserta akan mengikuti kursus bermula pada 23 Julai 2017 sehingga 23 Mei 2018.