April 2016 - Aktiviti 2
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 12 Tahun 2016
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 12/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 357 orang dan seramai 1,060 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan enam (6) kertas Tatatertib, empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.