Jun 2013 - Aktiviti 12
-
Mesyuarat Jawatankuasa Mengkaji Penyertaan Masyarakat Cina Dalam Sektor AwamSPA 21 Jun ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Mengkaji Penyertaan Kaum Cina dalam sektor awam. Mesyuarat yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia serta ahli jawatankuasa khas yang dilantik S.P.A dari kalangan NGO Cina. Ahli jawatankuasa khas yang dilantik turut memberi pandangan serta cadangan untuk meningkatkan penyertaan dari kalangan masyarakat cina untuk berkhidmat dalam sektor awam.-----MediaSPA