April 2015 - Aktiviti 27
- MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 15 BAGI TAHUN 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 15/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 882 orang dan seramai 1,481 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib ---- MediaSPA