November 2015 - Aktiviti 3
- BERITA RINGKAS 2 Nov ----- Dato' Seri Arpah Abdul Razak rasmi bengkel penggubalan soalan peperiksaan
GENTING HIGHLANDS 2 Nov ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan bengkel penggubalan soalan peperiksaan yang diadakan di Awana, Genting Highlands. Bengkel tiga (3) hari yang bermula hari ini telah dirasmikan oleh Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Terdahulu pada sebelah pagi, Dato’ Seri Arpah mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 38/2015. ----- MediaSPA