Disember 2014 - Aktiviti 5
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 43 bagi Tahun 2014
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 43/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,222 orang dan seramai 720 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.Manakala, dua belas (12) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.