Mei 2017 - Aktiviti 3
- BERITA RINGKAS 8 Mei ----- Kunjungan Daripada Kementerian Kesihatan Malaysia Ke SPA
PUTRAJAYA, 5 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menerima kunjungan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min serta pegawai-pegawai Kanan KKM. Satu sesi perbincangan turut diadakan bersama Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak . Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan SPA. Antara topik perbincangan adalah mengenai isu-isu pengambilan calon untuk berkhidmat di Kementerian Kesihatan termasuk isu berkaitan dengan pelantikan secara kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred UG41 dan Pegawai Farmasi Gred UF41. MediaSPA