Jun 2013 - Aktiviti 16
-
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Melayu Dan Anak Negeri Kelantan Dalam Sektor AwamSPA 25 Jun ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Melayu Dan Anak Negeri Kelantan Ke Dalam Sektor Awam. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat yang dihadiri oleh wakil-wakil NGO Melayu dan NGO Kelantan ini adalah memberi pandangan dan cadangan mengenai kriteria yang perlu ada pada penjawat awam pada masa kini dan juga menambah baik sistem perkhidmatan awam. Mesyuarat yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya itu turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. ----- MediaSPA