Ogos 2015 - Aktiviti 13
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 29 Tahun 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 29/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 444 orang dan seramai 726 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tujuh orang (7) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tindakan Tatatertib dan sembilan belas (19) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.