Mac 2012 - Aktiviti 8
- Perasmian Pusat Temu Duga Di Melaka
MELAKA 19 Mac ----- YBhg. Dato’ Abd Rahman Husin petang tadi telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Melaka. Turut hadir ke majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Yang Berhormat Datuk Wira Omar bin Kaseh, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, Timbalan-timbalan Setiausaha SPA dan para jemputan dari Jabatan/Agensi Persekutuan dan Negeri Melaka. Pusat temu duga di Melaka ini mempunyai kemudahan tiga (3) bilik temu duga dan satu (1) bilik untuk ujian fizikal. Pusat temu duga ini juga dilengkapi dengan komputer bagi memudahkan orang ramai untuk mengemukakan permohonan kepada SPA secara online. ----- MediaSPA