Mei 2014 - Aktiviti 6
- Mesyuarat Suruhanjaya Kali bil. 17 bagi Tahun 2014
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 17/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 521 orang dan seramai 739 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 31 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tujuh (7) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib