Mac 2015 - Aktiviti 21
- MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 10 BAGI TAHUN 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 459 orang dan seramai 554 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, dua (2) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. ---- MediaSPA