Jun 2013 - Aktiviti 18
-
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum India Dalam Sektor AwamSPA 26 Jun ----- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum India Dalam Sektor Awam. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya S.P.A turut dihadiri Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad serta NGO India. Dalam mesyuarat yang berakhir sebentar tadi, mereka turut memberi pandangan dan cadangan untuk menarik lebih ramai kaum India menyertai sektor awam dan memastikan kaum India meghadiri temu duga sekiranya dipanggil untuk sesi tersebut. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga menyampaikan sijil kepada Ahli Jawatankuasa khas yang telah dilantik oleh S.P.A.----- MediaSPA